Sunday, February 16, 2014

[Tutorial] Bagaimana mengecilkan saiz gambar untuk dimuatkan ke dalam blog atau laman sosial menggunakan software FastStone Photo Resizer.

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk blog post kali ini, saya ingin berkongsikan bagaimana caranya untuk mengecilkan saiz gambar terutamanya dengan secara pukal, atau banyak sekali gus menggunakan software komputer percuma (freeware) FastStone Photo Resizer.

Aplikasi komputer FastStone Photo Resizer.

Adakah anda mempunyai banyak gambar untuk diupload, sama ada di blog mahu pun di laman sosial namun connection internet anda perlahan dan tak mampu untuk upload file gambar pada saiz sebenar? Jika anda mempunyai masalah seperti itu, maka anda sama seperti saya.

Blog post siri Travelogue saya mempunyai beratus gambar, dan ianya mengambil masa yang lama jika ingin dikecilkan saiz secara manual atau satu persatu. Manakala untuk menguploadnya pada saiz sebenar pasti akan mengambil masa yang lama kerana connection internet saya yang tidaklah begitu pantas. Jalan penyelesaian yang saya temui ialah dengan menggunakan freeware FastStone Photo Resizer ini.

Di bawah saya akan tunjukkan beberapa langkah mudah bagaimana menggunakan freeware ini di komputer anda.

Klik pada "Read More" untuk lihat pada tutorial.



[Tutorial] 

Bagaimana mengecilkan saiz gambar untuk dimuatkan ke dalam blog atau laman sosial menggunakan software FastStone Photo Resizer.

*Klik pada gambar untuk besarkan.


1. Pertama sekali, download freeware FastStone Photo Resizer ini dan installkan ke dalam komputer/laptop anda.

2. Buka aplikasi tersebut di komputer anda.

Interface aplikasi FastStone Photo Resizer.

3. Klik pada tempat ditunjukkan anak panah untuk memilih folder gambar yang anda ingin kecilkan saiznya.


4. Klik dan highlightkan gambar yang anda ingin kecilkan (anak panah nombor 1), kemudian klik pada 'Add' seperti ditunjukkan anak panah nombor 2.


5. Klik pada 'Advanced Options' (anak panah nombor 1), tickkan pada 'Resize' (anak panah nombor 2), dan ubahkan angka pada 'Percentage' (anak panah nombor 3) berapa peratus yang anda ingin kecilkan dari saiz gambar asal.


6. Anda juga boleh memasukkan image watermark untuk menjadikan gambar anda unik dan adalah hak milik anda. Klik pada 'Watermark' (anak panah nombor 1), pilih gambar watermark anda (anak panah nombor 2). Contoh dan posisi watermark anda akan ditunjukkan seperti pada anak panah nombor 3.


7. Kalau sudah selesai, seterusnya klik pada 'Browse' (anak panah nombor 1) dan pilih lokasi atau folder output, iaitu lokasi gambar yang telah dikecilkan tadi akan tersimpan.


8. Seterusnya, klik pada 'Convert' (anak panah nombor 1), untuk mulakan proses mengecilkan saiz gambar anda. Satu popup akan keluar dan menunjukkan proses pengecilan gambar serta hasilnya, iaitu saiz sebelum dan selepas proses pengecilan (anak panah nombor 2). Setelah selesai semuanya, klik pada 'Done', dan anda boleh menutup aplikasi FastStone Photo Resizer ini. 


9. Kini anda boleh melihat gambar yang telah anda kecilkan tadi di folder output yang telah anda pilih. Mudah kan? Selamat mencuba!





No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan