Monday, December 31, 2012

4 musim berlalu. Terima kasih 2012.

4 musim berlalu. Terima kasih 2012.

Tahun ini, terlalu banyak suka duka yang berlaku dalam hidupku...semuanya seolah-olah aku melalui 4 musim berlainan..


3 bulan pertama aku menemui keajaiban yang tak pernah aku terfikirkan
1 Januari...hadirnya tanpa diduga...apakah ada hikmah disebaliknya?
1 Februari...gerak hati ini yang membawa aku...
4 Mac...apakah ini mimpi atau realiti?

3 bulan kedua aku merasai rasa yang tak pernah aku impikan
1 April...sepuluh per sepuluh...
12 Mei...sedetik lebih selepas selamanya...
1 Jun...aku ingin masa terhenti...

3 bulan ketiga mengajar aku erti tawakal, kesabaran, dan pengorbanan
4 Julai...gigih, dan takkan sesekali aku berhenti dan mengalah...
13 Ogos...hari itu mengubah segalanya...
16 September..."Apa Saja"

3 bulan terakhir memberikan aku dugaan yang tak pernah aku bayangkan
10 Oktober...bagaimana dapat aku teruskan kehidupan?
14 November...kenapa nombor selalu bermain dan terus bermain dengan hidupku? 
25 Disember...sepertinya aku sudah tidak sanggup lagi...bangunkanlah aku dari mimpi ngeri ini...


Semoga Januari menghadirkan musim baru yang indah dan membawa aku keluar dari mimpi ngeri dan neraka dunia ini.

Kerana jujurnya aku seperti sudah tidak mampu lagi...aku sudah tidak cukup kuat walaupun hakikatnya aku telah bersedia untuk menghadapi semua ini.

Terima kasih untuk segalanya, dan maafkan aku untuk segalanya.

Semoga esok lebih baik.

Selamat tahun baru 2013.                                  

5.30pm, 25 Disember 2012 - Pantai Saujana, Port Dickson



favorited on 31 December 2011

1 comment :

Nur Sakura said...

semoga perjalanan hidup tahn 2013 akn lebih baik..

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan