Tuesday, July 5, 2011

[Review Filem] Transformers 3 : Dark Of The Moon

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Setelah sekian lama aku tak buat review filem, akhirnya filem TF3 telah berjaya mengembalikan mood aku untuk buat review filem. Filem nie sememangnya dinanti-nantikan ramai orang, terutamanya para kipas-susah-mati (die hard fans) siri Transformers. Buktinya? Pada minggu lepas, iaitu minggu pertama tayangannya, tiket habis ditempah secara online..Nak beli walk-in? Memang tak dapat lah ! Tapi aku bernasib baik sebab hingga saat entry nie ditulis, aku dah tengok 2 kali !! haha !! sila jangan jeles ! =)

Sebelum baca review ringkas aku untuk filem nie, sila tonton trailer filem nie dulu ye.. =)



Berikut adalah review Transformers 3 : Dark Of The Moon , hasil daripada 2 kali aku menonton filem tersebut (buat masa ini).


[Review] Transformers 3 : Dark Of The Moon


Sinopsis :

Filem dimulakan dengan penceritaan misi penjelajahan ke Bulan pada tahun 1969 oleh pihak Amerika Syarikat menerusi Apollo 11 yang mana idea sebenarnya tercetus hasil daripada suatu misi sulit, iaitu bagi menyiasat 'benda' yang terhempas di permukaan bulan pada tahun 1961. Angkasawan menerusi misi tersebut telah menemui kapal angkasa yang sangat besar, namun perkara tersebut telah dirahsiakan kepada umum.

Kapal angkasa tersebut ialah 'Ark', milik Autobots yang dipimpin Sentinel Prime dan sedang dalam misi membawa dan menyelamatkan suatu teknologi yang dapat membantu mereka membina semula 'Cybertron', iaitu planet yang didiami Autobots dan Decepticon suatu ketika dulu.


Autobots yang diketuai Optimus Prime kini telah bekerjasama dengan pihak kerajaan Amerika Syarikat selepas kejadian di dalam filem Transformers 2, bagi menjaga keamanan bumi di samping menghapuskan saki-baki Decepticon yang berselindung di seluruh dunia. Semasa dalam misi Optimus Prime menjejaki Decepticon di Chernobyl, mereka telah menemui komponen kapal Autobots yang terhempas di Bulan pada tahun 1961 yang lalu.


Decepticon sebenarnya telah lama menemui kapal angkasa tersebut dan akhirnya berjaya mengumpan Optimus Prime dan rakan-rakan bagi menyelamatkan dan 'menghidupkan' semula Sentinel Prime yang berada dalam kapal 'Ark' tersebut.

Tujuan Decepticon menantikan kemunculan semula Sentinel Prime?

Nak tahu kene la tengok sendiri. Kalau cerita banyak2 pun nanti spoiler pulak.


Komen :

Mungkin ramai yang kecewa bila Megan Fox digantikan dengan pelakon baru, iaitu Rosie Huntington-Whiteley, namun bagi aku, orang datang ke panggung untuk melihat Transformers itu sendiri, dan kesan-kesan efek CGI nye, bukan nak tengok heroin yang hot. Jadi bagi aku, aku agak berpuas hati dengan filem nie.


Yeah, aku akui, jalan cerita/plot nye agak kucar-kacir..tapi aku tengok filem nie bukan sebab nak jadi pengkritik filem, aku tengok sebab nak enjoy..~ Jadi, tengoklah untuk enjoy, bukan untuk mencari kesalahan dan kelemahan filem nie.. hahaha (agak bias di situ)


Sekali lagi buat kali ketiga berturut-turut, lagu daripada band Linkin Park dijadikan lagu tema bagi filem Transformers. Sebelum ini ialah 'What I've Done' (Transfomers 1), dan 'New Divide' (Transformers 2), dan yang terbaru, 'Iridescent' (Transformers 3). Antara lagu lain yang terdapat dalam OST filem ini ialah 'The Only Hope For Me Is You' (My Chemical Romance), 'Monster' (Paramore), 'All That You Are' (Goo Goo Dolls) dan macam-macam lagi.

Memang best !


RATING :

Tahap Mengantuk : 0/5 
Tahap Keterujaan : 5/5 
Tahap Jalan Cerita : 3/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4.5/5
Tahap Logik : 0/5 
Tahap Lawak : 3.5/5
Tahap G-Wunk : 3.5/5
Tahap Sedih : 3.5/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 4/5 
Tahap Original Soundtrack (OST) : 5/5

Keseluruhan : 9/10


Info :



p/s : 2 kali yang aku tonton kat wayang sebelum nie hanyalah 2D, jadi aku bercadang untuk menonton kali ketiga, tapi yang 3D pulak..ade sape nak join.? =)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan