Wednesday, April 27, 2011

Friendster bakal ditutup? Mari kita sandarkan pada kenangan.

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera...


Hari nie mcm hari-hari lain..antara website wajib yang akan aku lawat ialah Lowyat.net. Dan hari nie ade suatu article di Lowyat.net yg sangat menarik bagi aku. Tajuknye "END OF THE ROAD FOR FRIENDSTER AS WE KNOW IT". Yeahhh....FRIENDSTER !!!


Friendster?? Sape kat sini masih menggunakan Friendster?? Sape yang PERNAH menggunakan Friendster?? Mesti ramai yang menggunakan Facebook sekarang asalnya adalah pengguna Friendster yang TEGAR, contohnya aku sendiri..hahaha..

Logo lama Friendster

Tadi aku sempat login Friendster, tengok balik testimonial-testimonial yang pernah diberikan di profile aku dulu...dan aku sempat tengok beberape profile kawan-kawan kat Friendster tuh...kebanyakannya tarikh 'shout' terakhir mereka adalah sekitar tahun 2008 dan 2009...dan di situlah bermulanya kemajuan Facebook yang terus berkembang sampai la macam sekarang nie.

Sape kat sini takde account Facebook?

Menurut article kat Lowyat.net tersebut, Friendster bakal ditutup dan dilancarkan semula sebagai 'a new way of social networking'. Hrmmmm....agak-agaknye macam mane la ye 'new way of social networking' tuh?? Somehow aku sikit pun tak teruja nak tahu...LOL...tapi bile aku login Friendster tadi, takde pulak keluar notice tentang penutupan Friendster nie...hurmmm...entahlah labu...~

Friendster dikatakan bakal ditutup pada 31 Mei 2011. Dan korang yang MASIH mempunyai account Friendster adalah digalakkan untuk membuat backup dan mengexport profile atau pun data-data korang menggunakan widget yang disediakan pihak Friendster. Sesape yang rase Friendster tuh ade sentimental value adelah digalakkan membuat backup, selain membuat printscreen <--- yang nie aku yg cadangkan kalau malas sangat nak download/export data dari Friendster, haha..

Klik SINI untuk pergi ke link 'Friendster Exporter' untuk backup/export data korang ke dalam file berformat ZIP. Aku dah pun cuba dengan membuat backup profile. =)

Klik gambar untuk lebih jelas

Aku pernah tulis entry tentang laman web sosial yang popular dan wujud sejak sebelum era Friendster hinggalah ke Facebook. Korang boleh rujuk entry tersebut di SINI. Manelah tahu korang rindu nak tengok bagaimana rupa Friendster di awal kemunculannya...kan? kan?


Sebelum Friendster ditutup nie, korang taknak add aku as friend ker? hahaha ! Klik SINI untuk ke profile Friendster aku !! Haha !

Account Friendster aku, 'since Oct 2003' ..itulah sebabnye sayang aku nak delete account nie..da dkat 8 tahun tuh wei...nostalgik !! okey, FS ini penuh dengan sentimental value..haha ! T__T


Info :


p/s : sambil aku melihat-lihat balik testimonial yang ade kat profile Friendster aku tadi...terjumpe testimonial dari sorang kawan aku nie...aku kenal die melalui online walaupun hakikatnye satu kolej kediaman kat UM dulu...kami same minat tengok cite Jepun dan belajar bahasa Jepun (Nihongo) sesama dulu...dan aku anggap die sebagai kawan baik aku...tapi atas beberape sebab tertentu, aku pun dah lama tak contact dengan die..Facebook pun takde..entah ape die buat sekarang..harap-harap die sihat walafiat disamping family la yer...harap-harap nak kawin nanti bagila kad jemputan kat aku ! =) 

Friday, April 22, 2011

.Words. -part 2-

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Sekadar ingin berkongsi ayat-ayat spontan yang aku post kan di status FB, Twitter, dan yang terlintas di fikiran aku...

Kalau nak bace atau tengok -part 1-, korang boleh pegi ke entry INI.

Semua ayat-ayat di bawah ini adalah Hak Cipta Terpelihara areev19 @ 2011


---------------------------------------------------------


manusia mampu melakukan sesuatu yang mustahil andai diberi dorongan - 4 Februari 2011

sometimes, somehow, somewhere, something is missing - 10 Februari 2011

everyone has their own story, and it's all up to you if you want to write down a good or bad ending - 17 Februari 2011

keberanian itu kadangkala suatu kebodohan yang nyata - 18 Februari 2011

people will only do something extraordinary for something that is REALLY extraordinary - 18 Februari 2011

i want to type something but nothing, i want to say nothing but everything - 19 Februari 2011

semakin cepat kita dapat, semakin cepat kita lepas - 7 Mac 2011

think before you take, think before you throw - 13 Mac 2011

saya suka bermain dengan nombor, kerana nombor itu kadangkala boleh menjadi sesuatu yang indah, unik, misteri dan penuh dengan persoalan - 23 Mac 2011

keegoan itu kadangkala suatu kebodohan yang nyata - 24 Mac 2011

hati ingin berkata-kata, namun tangan tak mampu menaip walau sepatah - 28 Mac 2011

semakin jauh perjalanan, semakin luas pemandangan, semakin bertambah pengalaman, semakin banyak pengajaran, semakin menghargai kehidupan - 5 April 2011

i hate weakend, i don't like weakdays - 9 April 2011

kesabaran itu ada hadnya, umpama spring yang ditarik melepasi had kekenyalan, pasti ia tidak akan kembali ke bentuk asal - 10 April 2011

perbezaan sedetik masa sudah cukup untuk membawa hasil yang berbeza-beza - 11 April 2011

diam itu sakit, namun mungkin lebih baik - 12 April 2011

Things are simple, but always made complicated by people - 15 April 2011

Semakin kita takut, semakin kita lemah - 17 April 2011

Semakin kita berani, semakin kita terdedah - 17 April 2011

The more you hypocrite, the more loser you are - 17 April 2011


p/s : living in a lonely world, hanya bertemankan notepad sebagai tempat meluahkan perasaan dan apa yang berada di fikiran. mungkin hanya itu yang mampu dan mungkin itu lebih baik.

Sunday, April 3, 2011

[Review J-Dorama] Nagareboshi (Shooting Star)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera...


Untuk post kali nie, aku nak buat review tentang j-dorama yang aku habis tengok bebaru nie..(takde la baru sangat). Tajuk j-dorama nie ialah 'Nagareboshi' atau pun 'Shooting Star'.. Macam biasa, pelakon yang membuatkan aku berminat nak tengok dorama nie ialah Aya Ueto !! Haha ! *kipas susah-mati Aya-chan*

Jap, pelakon hensem popular era hujung 90-an pun ada, iaitu Yutaka Takenouchi. Sesape yg layan j-dorama sejak zaman With Love, Beach Boys dan seangkatan dengannya sure kenal sape mamat nie.

*Last J-dorama review yang aku buat ialah Juunen Saki mo Kimi ni Koishite (I'll Still Love You In 10 Years). Korang boleh bace kat SINI.


[Review J-Dorama]

Nagareboshi (Shooting Star)


Sinopsis :

Dorama nie mengisahkan tentang pertemuan yang tak disangka di antara Okada Kengo (Yutaka Takenouchi) dan Makihara Risa (Aya Ueto), yang seterusnya membawa kepada plot cerita nie. (err..ape aku cube nyatakan kat sini?)

'Pertemuan pertama'

Okada Kengo yang bekerja di pusat akuarium (ala-ala Underwater World tuh) mempunyai seorang adik perempuan, Okada Maria (Kitano Kii) yang mempunyai penyakit buah pinggang dan perlu menjalani pembedahan dengan segera. Namun, Kengo dan ibunya gagal mendapatkan pertolongan saudara-mara terdekat mereka yang mempunyai buah pinggang dan jenis darah yang sesuai untuk didermakan kepada Maria.


*Hanya ahli keluarga dan saudara mara dibenarkan menderma buah pinggang/organ di Jepun (sila betulkan fakta nie kalau salah)


Hubungan akrab antara seorang abang dan adik


Makihara Risa pula bekerja di rumah urut bagi menampung diri sendiri dan membayar hutang abang nya yang tak berguna. Akibat tekanan yang dihadapi, Risa cuba membunuh diri namun diselamatkan oleh Okada Kengo.

Oh tidakkk!! kenapa Aya..? kenapa..? zzzzz

Kengo yang terdesak ingin mendapatkan penderma buah pinggang untuk adik kesayangan telah melamar Risa supaya menjadi isterinya, dan sebagai pertukaran, Kengo akan membayar 2 juta yen (kalau ikut matawang kita, macam RM20,000) kepada Risa asalkan Risa mendermakan buah pinggangnya kepada adik Kengo. Dan Risa bersetuju !


*Of course perkara nie salah di sisi undang-undang, dimana seseorang membayar sejumlah wang bagi 'membeli' organ manusia.


Risa setuju untuk menandatangani borang kahwin..Jepun nie senang je, sain kat borang, submit, maka dah jadi suami-isteri yang sah.

Kengo sebenarnya dah bertunang..tapi demi adik tersayang...

Risa dan Kengo, semasa sesi 'interview' dengan doktor yang bertugas. 
p/s : Yerp, cumil gile, macam Kamu.


Tapi tak semudah tu, abang kandung Risa, Makihara Shuichi (Inagaki Goro) telah mengganggu proses tersebut dengan alasan dia sayangkan adiknye (Risa) dan tak mahu melihat adik kandungnya itu menderita akibat kesan daripada menderma buah pinggang kepada orang lain.

Nie la abang kandung Risa..annoying gile watak..

Carta hubungan antara watak-watak dalam dorama ini

Kesimpulan : 

Adakah buah pinggang dan jenis darah Risa sesuai dengan Maria? Adakah 'kahwin kontrak' Risa-Kengo akan terbongkar? Adakah proses pendermaan buah pinggang dapat dijalankan tanpa tindakan undang-undang? Adakah Risa akan diceraikan Kengo setelah proses perdermaan buah pinggang selesai? Adakah, adakah, adakah....hurmmmm...Korang tengok sendiri je la!


Komen :

J-dorama nie memaparkan hubungan erat dan akrab antara keluarga dan persahabatan. Bagaimana seorang abang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan adik yang tersayang. Of course elemen g-wunk tidak terlepas dari dorama nie...

Aya Ueto dan Kitano Kii kedua-duanya sangat kawaii dalam dorama nie.. heeee

Dorama nie terdiri daripada 10 episod. Dan aku menunggu hampir 3 bulan untuk habis tengok semua episod yang lengkap dengan subtitle. Yerp, episod 8,9 dan 10 punye subtitle lambat dikeluarkan.

Lagu tema bagi dorama nie ialah 'Ryusei' (Shooting Star) yang dinyanyikan oleh Kobukuro. Lagu yang amat sesuai dengan dorama nie..Korang boleh dengar lagunye melalui YouTube di SINI.  Lirik dan translation nye pulak korang boleh baca di SINI.



RATING :

Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 5/5 (Lama tak tengok Yutaka blakon, ditambah pulak dengan Aya-chan!!)
Tahap Jalan Cerita : 4.5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4/5
Tahap Nak Marathon : 4.5/5
Tahap Logik : 5/5
Tahap Kawaii : 5/5 (Aya-chan!! + Kitano Kii)
Tahap Lawak : 2/5
Tahap G-Wunk : 4/5
Tahap Sedih : 3.5/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 4.5/5
Tahap Lagu Tema/OST : 4.5/5

Keseluruhan : 9/10


Info :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan