Sunday, April 3, 2011

[Review J-Dorama] Nagareboshi (Shooting Star)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera...


Untuk post kali nie, aku nak buat review tentang j-dorama yang aku habis tengok bebaru nie..(takde la baru sangat). Tajuk j-dorama nie ialah 'Nagareboshi' atau pun 'Shooting Star'.. Macam biasa, pelakon yang membuatkan aku berminat nak tengok dorama nie ialah Aya Ueto !! Haha ! *kipas susah-mati Aya-chan*

Jap, pelakon hensem popular era hujung 90-an pun ada, iaitu Yutaka Takenouchi. Sesape yg layan j-dorama sejak zaman With Love, Beach Boys dan seangkatan dengannya sure kenal sape mamat nie.

*Last J-dorama review yang aku buat ialah Juunen Saki mo Kimi ni Koishite (I'll Still Love You In 10 Years). Korang boleh bace kat SINI.


[Review J-Dorama]

Nagareboshi (Shooting Star)


Sinopsis :

Dorama nie mengisahkan tentang pertemuan yang tak disangka di antara Okada Kengo (Yutaka Takenouchi) dan Makihara Risa (Aya Ueto), yang seterusnya membawa kepada plot cerita nie. (err..ape aku cube nyatakan kat sini?)

'Pertemuan pertama'

Okada Kengo yang bekerja di pusat akuarium (ala-ala Underwater World tuh) mempunyai seorang adik perempuan, Okada Maria (Kitano Kii) yang mempunyai penyakit buah pinggang dan perlu menjalani pembedahan dengan segera. Namun, Kengo dan ibunya gagal mendapatkan pertolongan saudara-mara terdekat mereka yang mempunyai buah pinggang dan jenis darah yang sesuai untuk didermakan kepada Maria.


*Hanya ahli keluarga dan saudara mara dibenarkan menderma buah pinggang/organ di Jepun (sila betulkan fakta nie kalau salah)


Hubungan akrab antara seorang abang dan adik


Makihara Risa pula bekerja di rumah urut bagi menampung diri sendiri dan membayar hutang abang nya yang tak berguna. Akibat tekanan yang dihadapi, Risa cuba membunuh diri namun diselamatkan oleh Okada Kengo.

Oh tidakkk!! kenapa Aya..? kenapa..? zzzzz

Kengo yang terdesak ingin mendapatkan penderma buah pinggang untuk adik kesayangan telah melamar Risa supaya menjadi isterinya, dan sebagai pertukaran, Kengo akan membayar 2 juta yen (kalau ikut matawang kita, macam RM20,000) kepada Risa asalkan Risa mendermakan buah pinggangnya kepada adik Kengo. Dan Risa bersetuju !


*Of course perkara nie salah di sisi undang-undang, dimana seseorang membayar sejumlah wang bagi 'membeli' organ manusia.


Risa setuju untuk menandatangani borang kahwin..Jepun nie senang je, sain kat borang, submit, maka dah jadi suami-isteri yang sah.

Kengo sebenarnya dah bertunang..tapi demi adik tersayang...

Risa dan Kengo, semasa sesi 'interview' dengan doktor yang bertugas. 
p/s : Yerp, cumil gile, macam Kamu.


Tapi tak semudah tu, abang kandung Risa, Makihara Shuichi (Inagaki Goro) telah mengganggu proses tersebut dengan alasan dia sayangkan adiknye (Risa) dan tak mahu melihat adik kandungnya itu menderita akibat kesan daripada menderma buah pinggang kepada orang lain.

Nie la abang kandung Risa..annoying gile watak..

Carta hubungan antara watak-watak dalam dorama ini

Kesimpulan : 

Adakah buah pinggang dan jenis darah Risa sesuai dengan Maria? Adakah 'kahwin kontrak' Risa-Kengo akan terbongkar? Adakah proses pendermaan buah pinggang dapat dijalankan tanpa tindakan undang-undang? Adakah Risa akan diceraikan Kengo setelah proses perdermaan buah pinggang selesai? Adakah, adakah, adakah....hurmmmm...Korang tengok sendiri je la!


Komen :

J-dorama nie memaparkan hubungan erat dan akrab antara keluarga dan persahabatan. Bagaimana seorang abang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan adik yang tersayang. Of course elemen g-wunk tidak terlepas dari dorama nie...

Aya Ueto dan Kitano Kii kedua-duanya sangat kawaii dalam dorama nie.. heeee

Dorama nie terdiri daripada 10 episod. Dan aku menunggu hampir 3 bulan untuk habis tengok semua episod yang lengkap dengan subtitle. Yerp, episod 8,9 dan 10 punye subtitle lambat dikeluarkan.

Lagu tema bagi dorama nie ialah 'Ryusei' (Shooting Star) yang dinyanyikan oleh Kobukuro. Lagu yang amat sesuai dengan dorama nie..Korang boleh dengar lagunye melalui YouTube di SINI.  Lirik dan translation nye pulak korang boleh baca di SINI.



RATING :

Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 5/5 (Lama tak tengok Yutaka blakon, ditambah pulak dengan Aya-chan!!)
Tahap Jalan Cerita : 4.5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4/5
Tahap Nak Marathon : 4.5/5
Tahap Logik : 5/5
Tahap Kawaii : 5/5 (Aya-chan!! + Kitano Kii)
Tahap Lawak : 2/5
Tahap G-Wunk : 4/5
Tahap Sedih : 3.5/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 4.5/5
Tahap Lagu Tema/OST : 4.5/5

Keseluruhan : 9/10


Info :

2 comments :

NastaniaNajihah said...

macam mane org boleh tngok cite korea or smtng like that. sye br tengok cd 1 pown dah x larat. xpenah abis. huk3

areev19 said...

NastaniaNajihah : err...tak larat? ish..tgk cte jepun bru dlm 10 episod je..tak bnyk pun..ce try habis kan :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan