Monday 10 January 2011

Tolong ingatkan aku yang semalam..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..



Wahh! Semalam satu kejutan telah berlaku di Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25), dimana Ana Raffali telah menjadi juara sekaligus menafikan Faizal Tahir, Yuna dan Black terutamanya..

Dah macam Tron pulak pentasnye..dah la aku baru tengok Tron petang semalam.. haha

Wahhh! Ramai yang tak puas hati dengan keputusan juri menobatkan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' sebagai juara..Antara alasan2 dan komen2 yg aku sempat baca di FB smlm : "nyanyi sumbang", "lagu x best", "faizal tahir lagi layak", "yuna patut menang", etc...

Wahhhh! Terlalu ramai tak puas ati sampai beberapa page FB yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan AJL25 smlm muncul seperti cendawan selepas hujan..Salah satunye : Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang AJL25. Nah, aku dah bagi promosi free, bukan ke itu salah satu matlamat creator page2 camtu? Berlumba2 membuat page FB untuk kumpul 'Likers'? Dah jadi trend kat FB kan skrg nie? Kalau ade ape2 isu je, trus akan wujud page FB contohnya "Kami tak suka bla bla bla", "Kami benci bla bla bla" dan macam2 lagi..

Tapi ade jugak yg berfikiran positif mcm akak Budu dan Belacan nie..

Negativity should be banned. Please report this group by scrolling down, click on Report Page and select 'Contains hate speech or attacks an individual > Targets me or a friend'. They claim it's not a 'hate page' but it's just not right. Just because your personal favorite did not get chosen, creating such a group is offensive & disrespecting Ana Raffali.


Wahhhhh! Ramai yang dah pandai jadi pengkritik muzik! Nie semua pengaruh Akademi Fantasia, Malaysian Idol, dan yang seangkatan dengannya..Aku pun nk bagi komen jugak lah..Nie komen aku :

Faizal Tahir dan Yuna memang bagus! Tapi kalau betul2 menghayati lirik dan melodi 'Tolong Ingatkan Aku' tue, baru kite akan tau yang kenapa lagu tu layak menang. Lagu2 lain semalam majoritinye straight forward g-wunk dan kurang unsur puitis di situ..

Suara Ana Raffali sengau dan nampak nervous? Logik la, die demam selsema sejak Jumaat (merujuk kepada status Ana di FB beliau)..Well, AJL pilih lagu terbaik, bukan penyanyi terbaik! Nie bukan pertandingan Bintang Kecil or Bintang RTM..haha!

Page FB Ana Raffali

Mungkin korang akan kate aku bias sbb aku peminat Ana Raffali. Tak la..aku minat jugak Faizal Tahir, Yuna, Black, Bunkface, dan lain2 yang bertanding semalam.. Kalau pergi karok, for sure aku akan nyanyi lagu Faizal Tahir..siyeslah!!

Kat bawah nie pulak komen salah sorang kawan aku..

Like!

Okeylah, jom layan video2 YouTube Ana Raffali di account lama beliau sebelum menjadi popularKlik SINI.

Ana Raffali tak boleh nyanyi live? Jom tengok video kat bawah nie yang aku sendiri rakam 2 bulan lepas di e@Curve, Damansara.


Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita

.
.
.
.
.



Eh...lupe pulak..Semalam jugak Chelsea FC telah menang 7-0 ke atas Ipswich Town dalam perlawanan Piala FA.. Wow..Senyum, tak perlu kata apa-apa. =)

Danny pun score 2 bijik!

Korang boleh baca report perlawanan semalam di SINI.


p/s : Pasal dunia hiburan pun ramai yang nak emosi...Ape korang dapat ha? LOL

3 comments :

sYafIk-wAy said...

wah thank u sbb post yang way sy senang hati . hehe . ana rafalli memang best pun , diorg org kmpng .. mne taw style muzik skrg mcm mne . mentaliti masih rendah ...
chelsea menang!!
kebangkitan chelsea tuh .. nanti lah dlm liga nnt.haha

Nier Zecter said...

go go chelsea..hahaha

areev19 said...

sYafIk-wAy : haha..trimas2 sudi bace post nie.. go go chelsea! :)

Nier Zecter : yeahhhh!! Keep the blue flag flying high!! :)

sis shuhada : trimas2 di atas penghargaan..sy pun sbnarnye tgk gitu2 je AJL tu..cume sedeyh, apsal la pasal result AJL pun ramai yg nk emo..sigh...

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile