Monday, August 30, 2010

[Tutorial] Dengan 'MetrO', pengangkutan awam kini menjadi lebih mudah!

[Tutorial] Dengan 'MetrO', pengangkutan awam kini menjadi lebih mudah! 


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca blog ini suatu aplikasi handphone yang sangat terbaek buat pengguna-pengguna perkhidmatan awam (lrt, bas) di seluruh dunia.

Aplikasi tersebut diberi nama 'MetrO'.


Aplikasi MetrO menyediakan perkhidmatan bantuan kepada pengguna perkhidmatan awam di seluruh dunia (meliputi lebih 400 bandar di seluruh dunia). Dan yang penting, ianya merupakan freeware!! (percuma).

Antara handphone/smartphone yang boleh menggunakan aplikasi ini termasuklah iPhone, PalmOS, Windows Mobile, Blackberry, Symbian Series 60 (Nokia N-Gage, 36xx, 62xx, 66xx, 76xx, E50, E60, E61, E70, N71, N72, N73, N80, N82, N91, N93, 3250, 5500 ...), Symbian Series 80, Symbian Series 90 dan Symbian UIQ. Handphone lain? Boleh, tapi dengan menggunakan WAP/GPRS/3G di handphone anda.

Nak check sama ada handphone anda boleh menggunakan aplikasi ini atau tidak? Anda boleh melawat terus ke SINI.

Bagaimana aplikasi ini berfungsi?

Paparan ini adalah dari handphone Nokia N73 (Symbian Series 60)

Klik pada Read More untuk membaca dengan lebih lanjut.

Wednesday, August 25, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 11 - Part 2) - Emirates Stadium (Arsenal), London

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 11 - Part 2)  - Emirates Stadium (Arsenal), London


Hari Kesebelas - Jumaat (7 Mei 2010) - Bahagian 2 : Stadium Emirates (Arsenal), London




12.35pm - Setelah puas (tak puas sebenarnye! -__-) menjelajah ke Stadium Stamford Bridge, saya dan abang meneruskan perjalanan kami ke stadium kedua, iaitu Stadium Emirates, stadium rasmi bagi pasukan bolasepak Arsenal FC


Okeylah, secara jujurnya pasukan EPL kedua yang saya minat tengok selain Chelsea ialah Arsenal, sebab diorang nie mengamalkan penggunaan pemain-pemain muda dalam kesebelasan utama. Sebabnye saya pun kalau main game FIFA MANAGER, mesti akan beli atau guna ramai pemain-pemain muda, bakat-bakat baru la katekan.. =) 


Chelsea vs Arsenal? Of course la saya sokong Chelsea! ape da...tapi kalau Arsenal vs ManU or Arsenal vs Liverpool, makanya saya sokong Arsenal! miahahahahahaha



Saturday, August 21, 2010

Kehadiran Bidadari

Kehadiran Bidadari

Saat itu daku kehilangan
Harapan untuk kehadapan
Masih segar di ingatan 
Kali pertama berdepan 

Dalam hidupku yang penuh dengan gelora
Bagaikan tiada suria
Mata ku bertentangan matanya 
Umpama bidadari dari syurga.. Oh ya 

Tiba-tiba menjelma cahaya
Dengan cara yang tersendiri
Dan sedari saat itu 
Ku rela korbankan nyawa semata untuknya 

Warna hariku yang dulu kelabu
Sukar untuk ku percaya 
Kini mula cerah semesta
Bagaimana terjadi

Syukur kepada Yang Maha Esa
Kerana menciptakan cinta
Ooo dengarkanlah wahai bidadari 
Seandainya kau sudi 

Keindahannya tiada dapat dilafazkan lagi 
Walaupun kau tak mungkin cintai diri ini 
Namun aku mahu kau tahu 
Setiap malam kau ku rindu 


12.57am - 21 Ogos 2010

Wednesday, August 11, 2010

Aku, Graduasi, dan FESKUM

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Dah lebih 2 minggu saya tak update entry baru di blog nie. Bukan apa, agak sibuk sejak kebelakangan nie (alasan cliche). Saya baru berpindah ke tempat kerja baru di UM, setelah 2 bulan menjalani training di sebuah kilang ubat di Sungai Petani. Jadi, sedang nak menyesuaikan diri dengan tempat tinggal dan suasana kerja yang baru, banyaklah perkara lain yang perlu dibuat selain daripada menulis entry baru di blog nie.


Okeylah, untuk pengetahuan semua yang belum tahu, minggu lepas telah berlangsungnya Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM). Dan dengan sukacitanya saya memaklumkan yang kini saya sudah bergelar graduan!! Yeahhh...Alhamdulillah..Usaha selama 3 tahun lebih akhirnya terbayar dengan mengenggam segulung ijazah..
 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan