Tuesday, July 27, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 11 - Part 1) - Stamford Bridge Stadium (Chelsea), London

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 11 - Part 1)  - Stamford Bridge Stadium (Chelsea), London


Hari Kesebelas - Jumaat (7 Mei 2010) - Bahagian 1 : Stadium Stamford Bridge (Chelsea), London


AMARAN : ENTRY INI PENUH DENGAN UNSUR BIRU YANG MUNGKIN TIDAK SESUAI DENGAN ANDA!!


Pada hari ini, peserta rombongan kami berpeluang merancang aktiviti sendiri kerana mengikut jadual program, hari nie ialah 'free activity'. Ada yang pergi ke Madam Tussauds, ada yang pergi ke stadium bola, pergi Oxford Street, dan lain-lain.

Manakala saya dan abang pula telah pun membuat rancangan dari awal lagi untuk pergi ke 2 stadium pasukan bolasepak EPL kegemaran kami, iaitu Stadium Stamford Bridge (Chelsea) dan Stadium Emirates (Arsenal). Of course lah yang minat Arsenal tu abang saya! =)

Ibu dan ayah pula kami tinggalkan mereka untuk ber'dating' di sekitar kota London dengan menaiki bas double decker pelancong yang bersiar-siar di sekeliling kota London. =)


Thursday, July 22, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 10 - Part 2) : London

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 10 - Part 2) : London

Hari Kesepuluh - Khamis (6 Mei 2010) : Bahagian 2 : London


11.15am - Selepas menghabiskan masa di Tower of London, rombongan kami telah bergerak menaiki semula bas untuk melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar kota London.



Sunday, July 18, 2010

Yang Terindah Seumur Hidup Sehingga Ke Akhir Hayat

Yang Terindah Seumur Hidup Sehingga Ke Akhir Hayat

semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
lalu hati memaksa 
mendekati dirinya

kini ku berani katakan wanita yang ku cari
telah ku ketemu tanpa ragu dikaulah wanita itu
kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah

diri ini dah tak bisa lari
diberkas untuk dihadapkan ke mahkamah cinta
kini ku berani memberi sepenuh di hati
kepada satu-satunya insan harapan 

maaf jikaku tidak sempurna
ku jatuh cinta dengan niat
kasih disalut dengan kejujuran
tak peduli apa yang kan terjadi
berjanji

mencintai dirimu 
merindui dirimu
setelah lama mencari
kini sudah terjumpa
ku berani bersumpah kerna tiada lagi lebih ku yakin
sehingga ke akhir hayatku

kau yang bernama cinta
hingga aku rasa indah
aku rela dipenjara 
di dalam sangkar hatinya
biar hancur lebur dunia sekelilingku
asalkan dapatku terus menyintaimu
hukumlah ku bersamanya seumur hidup


2.24am - 15 Jun 2010

Friday, July 16, 2010

Tag dari Cik EL..Aku dan Kegiler an Itu..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu, saya nak ucapkan terima kasih kepada Cik EL kerana telah mengetag saya. Walaupun saya jarang mengetag orang lain, tapi saya sentiasa mengalu-alukan tag-tag dari rakan blogger yang lain. Terharu rasenye..ceewah.. =)

Bile dapat dan bace tag dari blog Cik EL nie, rase menarik pulak untuk dijadikan entry terbaru di blog saya yg dah semakin xberapa aktif macam dulu. Yer lah, sekarang dah keje..dulu 24 jam menghadap laptop/pc kat rumah, banyak la idea untuk buat entry baru.. heeehee

Oke lah..di sini saya ingin menjawab tag Cik EL yang bertajuk 'AkU & KeGilEr an Itu..'

Tag tersebut :

JusT snaraikan ToP 5 benDa/perkara yG mngkin PeRnah/ msiH Jdi kEgiler an KorG..

Tuesday, July 13, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 10 - Part 1) : London

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.



Eurotrip Travelogue (DAY 10 - Part 1) : London

Hari Kesepuluh - Khamis (6 Mei 2010) : Bahagian 1 : London

Pada hari nie, kami telah bersiar-siar ke tempat-tempat menarik dan tumpuan pelancong yang terdapat di kota London ini. Tapi sebelum bertolak tue, cube tengok sape yg kami jumpa...


Kenal tak? Kalau anda tak kenal, ini lah die lagenda bola sepak Malaysia, iaitu Zainal Abidin Hassan!! Boleh pulak terjumpa kat London nie..Sebenarnya die dan isteri tengah honeymoon rasenye, dan mereka nie menginap di hotel yang sama dengan rombongan kami, iaitu Hotel Holiday Villa.

Monday, July 5, 2010

Kartini - Sebuah kisah tentang cinta yang menyentuh hati

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..

Dah lama rasanya saya tak buat review filem atau J-dorama di blog nie..jadi untuk entry kali nie, saya ingin membuat sedikit review, tapi bukannya filem atau J-dorama, tapi sebuah komik yang bertajuk 'Kartini'.


Sejujurnya, saya memang tak berapa minat sangat membaca novel atau pun komik. Apatah lagi novel atau komik yang berunsurkan percintaan nie. Seingat saya, cuma 1 novel yang berunsurkan percintaan pernah saya baca, tajuknya 'Sukma Rindu', itu pun sebab ade kawan yang berikan pada saya untuk baca. Tapi aneh, saya dapat habiskan membaca novel tue dalam masa sehari jer!

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan