Wednesday 1 December 2010

[short REVIEW] The Social Network

short REVIEW : The Social Network


The Social Network 

'You Don't Get To 500 Million Friends Without Making A Few Enemies'

Sinopsis :

Siapa yang tak kenal Mark Zuckerberg?? Beliau merupakan billionwan (yer, bukan jutawan lagi dah!) yang paling muda sekali di dunia. Filem ini secara umumnya menceritakan tentang bagaimana dan apa yang berlaku di sebalik pembangunan laman sosial popular FACEBOOK oleh pengasasnya, Mark Zuckerberg.

Mark Zuckerberg 

'Facebook' yang ada sekarang sebenarnya berasal daripada 'Thefacebook', iaitu laman sosial khas dan ekslusif bagi pelajar Universiti Harvard yang seterusnya berkembang ke beberapa universiti lain. Idea dan konsep 'Thefacebook' dikatakan telah dicuri oleh Mark Zuckerberg daripada pengasas 'HarvardConnection', iaitu adik beradik Cameron dan Tyler Winklevoss bersama rakan bisnes mereka, Divya Narendra.

Pengasas bersama Facebook, Eduardo Saverin yang juga rakan karib Mark Zuckerberg turut menjadi musuh dan menyaman Mark, apabila sahamnya di dalam Facebook dikecilkan sehingga 0.03%.

Mark Zuckerberg dan Sean Parker, pengasas Napster

Ingin tahu lebih lanjut mengenai pengasasan Facebook, apa kaitan Sean Parker dengan Facebook, siapa sebenarnya Mark Zuckerberg dan segala yang berlaku sebelum Facebook menjadi popular pada hari ini? Jangan buang masa lagi, sila pergi tonton filem nie kat pawagam cepat!!

Komen :
Kepada korang yang sememangnya pengguna tegar Facebook, maka korang wajib pergi tengok filem nie. Nilai murni? Pengajaran? Seperti tagline filem nie, 'You Don't Get To 500 Million Friends Without Making A Few Enemies'. Ermm...yang lain korang boleh fikir sendiri. =)



RATING :

Tahap Mengantuk : 1/5 
Tahap Keterujaan : 4.5/5
Tahap Jalan Cerita : 4.5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 3/5
Tahap Logik : 5/5 
Tahap Lawak : 2/5
Tahap G-Wunk : 1/5
Tahap Sedih : 3/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 5/5 

Keseluruhan : 9/10


Info :

4 comments :

Azizah Omar said...

tengok rating mcm best.

areev19 said...

Dila is Azie : yerp...cite nie best! rating kat Internet Movie Database (Imdb) pun tinggi :)

cai said...

bole la donlod pasni. hahaha

psni review plak cter ngangkung plak okeh. cter mlyu ni kdg2 rase buang duet je tgk kt wayang. tgk2 xbest. pastu raye nnt ade je tayang

areev19 said...

cai : heee...ngangkung ek? oke2..nnti aku review kalo rajin.. :D

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile