Sunday, December 5, 2010

Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS '10)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..

Korang ade dengar pasal event KL International Motor Show (KLIMS '10) tak?? Event nie bukan nye julung kali diadakan, tapi ia jugak bukanlah diadakan setiap tahun. Jadi sementara ianya masih berlangsung, tak salah kalau korang gunakanlah kesempatan yang ada utk pergi ke event nie.. =)


Sebenarnye siang tadi, aku dan 2 orang abang aku telah pergi ke KLIMS '10 nie yang sedang berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC). Event nie akan berlangsung dari 3 hingga 12 Disember 2010. Walaupun dah 2-3 kali event nie berlangsung di Malaysia, nie la baru kali pertama aku pergi.  Excited? Ntah la..saje pergi utk tengok2..

Kami datang dan sampai awal bagi mengelak kesesakan dan kesusahan mencari parking, apetah lagi hari minggu, Ahad, dan cuti sekolah pulak tuh. Jadi kalau korang nak datang, pastikan datang awal la yer? Okey lah, untuk korang yang belum berkesempatan utk pergi, di entry nie aku kongsikan dan ceritakan melalui gambar-gambar, ape yg ade kat KLIMS '10 nie.

Klik Read More untuk teruskan melihat gambar-gambar. 


KLIMS '10 terdiri daripada hall 1,2,3,4 dan Dewan Merdeka.

Nie lah die tiketnye..utk weekend, harganya RM20 (dewasa) dan kalau hari biasa RM18. Utk maklumat lebih lanjut korang boleh pergi ke website rasmi KLIMS '10.

Sampai je hall 1, korang akan disambut oleh PERODUA..

Kereta konsep dari PERODUA nie diberikan codename BEZZA.  

Kat tepi booth PERODUA nie, ade peraduan bagi memberi nama kepada kereta konsep Bezza tadi tuh. Nak bagi nama PERODUA YEZZA pun boleh gak! haha

Papan tanda yang terdapat di hall 1.

Ramai giler orang!! Dalam gambar nie sebenarnye ruang yg diperuntukkan utk PROTON!!

25 Tahun PROTON, Pride.Passion.Progress

EV - Electric Vehicle (versi Proton Saga)

Kali nie PROTON mengetengahkan kereta konsep siri pahlawan. Yang nie namanye LEKIR.

PROTON LEKIR dari belakang..diubahsuai dari kereta keluaran LOTUS.

PROTON TUAH!!

PROTON INSPIRA yang baru dilancarkan aka PROTON JEBAT.

PROTON KASTURI nie pulak sebenarnye model PROTON SAGA, tapi dengan facelift yang baru.

Tak ketinggalan, PROTON E.M.A.S.

Blue is the colour! 

Seorang kakitangan PROTON sedang membuat digital sketching.

PROTON TUAH dari belakang...cun tak?

Memandangkan KLIMS '10 tahun nie mengetengahkan tema Green Technology, maka Green City Concept pun tak ketinggalan untuk dipamerkan.

PROTON EXORA versi E.V. 

Kereta keluaran LOTUS pun tak ketinggalan, macam LOTUS EXIGE nie.

Sampai ke hall 2 pulak, CHEVROLET CAMARO (versi Transformers) menanti!

Haa...memang versi Transformers betul!

Chevrolet Camaro aka Bumblebee!!

Memang mendapat sambutan hangat. Tak caye tengok ar btape ramainye yg nak ambil gambar.

Nie pulak kereta Chevrolet yg digunakan di kejohanan World Touring Car Championship.

Di tengah2 booth2 kereta tuh, ade jugak booth2 lain yg berkenaan dengan automotif..yg tak berkenaan dgn automotif pun ade, macam DELCOL nie..ape keheinya ade booth penapis air kat KLIMS '10?? Booth jual towel pun ade..*geleng kepala tak paham*

Haaa...sesape yg nak bayar saman tuh, sini ade tempat utk korang bayar saman..okeyh, yg nie ade kene ngene dgn kereta..zzzzz

Hasil-hasil inovasi PROTON pun ade dipamerkan, macam kereta yg diberi nama EVOLUSI-G nie.

Masih di hall 2, ade kereta2 keluaran NISSAN, macam kereta NISSAN 370 Z nie..

Di tepi sekali, korang akan jumpa BUMBLEBEE yang digembar-gemburkan utk KLIMS '10 nie, selain BATMOBILE. Barangan mainan dan aksesori Transformers pun turut dijual.

BUMBLEBEE!! Kalau korang nk bergambar depan2 BUMBLEBEE tuh, korang kene beratur sbb ade cameraman khas..dan macam biasa, kene bayar la..ish3

Okeyh, dah habis di hall 1 dan hall 2, kene bergerak dan berjalan menuju ke hall 3, 4 dan Dewan Merdeka pulak. Ramai sangat orang, dan jauh. Jadi untuk sesape yg nak bawak anak kecil atau mengandung atau warga emas, aku boleh kate yg tak digalakkan la.. =(

Kat sini la terdapatnye BATMOBILE!!

Di hall 3 nie, terdapat kereta2 dan motorsikal2 yg mewah2.. Dan semuanya seperti yg korang dapat tengok kat papan tanda atas nie, adalah di bawah NAZA Groups.


Jenama-jenama motorsikal pun tak ketinggalan..tapi mane perginye MODENAS?? hohohoh

Ade sesape nak beli tak?? Memang cun!

WONDER ON BIKES

Sampai di hall 4..Ade tayangan filem THE DARK KNIGHT berdekatan dengan BATMOBILE.

Sesape yg nak bergambar dengan Batman dan Batmobile, korang kene beratur dan BAYAR! Same macam Bumblebee tadi.

Kat hall 4 nie jugak ade pameran kereta MITSUBISHI, macam dalam gambar kat atas nie, MITSUBISHI i MiEV SPORT AIR.

Keluar dari hall 4, tiba masanya utk ke Dewan Merdeka yang menempatkan kereta2 keluaran TOYOTA, LEXUS dan HONDA. Tengok la berapa ramainye orang kat bawah yg baru sampai dan nak membeli tiket!!

Kereta konsep, TOYOTA FT-HS akan menyambut korang di depan pintu masuk Dewan Merdeka.

Siyes lawa kete nie!!

Nah, amek kau! betapa ramainye!! Pening aku kalo kat tempat ramai org camnie.. =|


Okeylah..dah habis melawat!! Korang boleh patah balik dan revisit semua hall yang terdapat di KLIMS '10 nie kalau korang nak..Sebabnye tiket yg korang beli tuh hanya boleh digunakan sekali masuk je, jadi kalau korang dah keluar, pastu nak masuk balik memang tak boleh la.

EXIT or REVISIT? Aku pilih EXIT! Penat da aku bjalan arini...ish2

Time kami nak balik nie dah dkat pukul 3 petang..dan orang yg datang semakin ramai.

Okey lah..sampai disini saja perjalanan KLIMS '10..nak pergi lagi? Hrmmmm...


KOMEN :
Walaupun ini kali pertama aku pergi ke KLIMS, tapi rasanya ade beberapa perkara yang boleh aku komen.

Walaupun terdapat banyak booth, tapi mana perginya FORD, AUDI, General Motors (GM), DAIHATSU, PORSCHE, MAZDA, SUZUKI, VOLKSWAGEN, BMW, dan kereta2 yg lain dari yang lain seperti kereta rally WRC, GT Jepun, NASCAR dan lain2 lagi? Okeyh la, mungkin sbb tema KLIMS kali nie, Green Technology.. =(

Bagi aku, event seperti KLIMS nie sepatutnye lebih mengetengahkan kereta2 konsep..tapi kat KLIMS nie lebih banyak kereta2 yg boleh dilihat di showroom berbanding bilangan kereta2 konsep. 

Lagi satu, nape aku macam tak jumpe magazine khas utk KLIMS '10 nie? Ade ke takde eh? Selalunye akan ade magazine khas (setahu aku la). Mungkin sebab tak banyak sangat kereta konsep?

Untuk event nie jugak, memandangkan jarak jalan kaki antara hall 1 & 2 dengan hall 3,4 dan Dewan Merdeka adalah lebih kurang 150 meter, dan keadaannya yang ramai sangat orang dan sesak, maka aku rase sesiapa yg nak bawak anak2 kecil, isteri yg sedang mengandung, atau warga emas, korang memang tak digalakkan. Walaupun ada ruang-ruang rehat disediakan siap dengan kerusi urut elektrik, aku tetap rasa tak sesuai. Tapi terpulanglah kat korang sendiri. Ini sekadar pendapat peribadi aku je.

Akhir sekali, berikut ialah rating yang aku berikan utk KLIMS '10. 

Rating :
Tahap Keterujaan : 4.5/5
Tahap Perkhidmatan : 4.5/5 
Tahap Kualiti : 3/5 
Tahap Berbaloi : 3/5
Tahap Nak Datang Lagi : 2/5

Keseluruhan : 3/5



Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke website rasmi KLIMS '10 :

4 comments :

RyaNi said...

Salam,
syabas en.areev, awk berjaya wat entri yg baik. Diklasifikasikan 'baik' sbb sy berjaya faham KLIMS walaupun tak berkesempatan untuk pergi sendiri..yeay! *tepuk*tepuk* tQ! :)

areev19 said...

RyaNi : wah wah..ini penghargaan kah? trimas2..thanx sudi membaca :)

RyaNi said...

yup! moral support utk diri sendiri supaya lebih rajin pun ye jgk..hehe **harap2 tak rase annoyed lah ye kalo sy komen2 entri yg da lame2* hee... =D

areev19 said...

RyaNi : hoho..sile2 la komen kalo sudi..dialu-alukan :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan