Thursday, November 4, 2010

Bagaimana takde internet mempengaruhi kehidupan seharian..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Lama sudah saya tak update blog nie dgn entry yang bebas. Asyik entry lagu-lagu dan entry emo je kebelakangan nie..haha! Maaflah..emosi terganggu sikit..

*walaupun muka saya brutal (yer ker?) tapi dalam hati still ade taman! =P*


Bagaimana takde internet mempengaruhi kehidupan seharian..

Anda ialah orang yang menggunakan internet setiap hari?? Dewasa ini, internet sememangnya memainkan peranan penting dalam komunikasi dan sumber informasi (ayat buku teks). Kalau sekarang anda tanya kepada seseorang "kau ada fb (facebook)?" mesti jawapannya "ada". Jangan kata budak sekolah rendah, makcik-pakcik bahkan nenek pun ada akaun fb.

FB (laman web sosial) tu cuma salah satu cabang dunia internet, banyak lagi kegunaan internet seperti yang kita tahu. Pendek kata, ada internet, anda takkan boring, (yer ker?) sebab anda boleh search atau cari apa sahaja yang anda mahu dengan bertanya pada Pak Cik Google yang friendly.


Jadi bagaimana kalau tiba-tiba internet anda takde?


Berikut ialah fenomena2 yang biasa dilihat (terutamanya dikalangan student) kalau tetibe sumber connection internet mengalami gangguan atau rosak.

1. Tiba-tiba ruang tempat tengok tv penuh dengan orang yang tengok tv. Situasi yang sama berlaku di kolej atau di rumah sewa. Padahal selalunye ramai bile hujung minggu je, sbb tengok bola. Kalau ade internet, masing-masing terperuk dalam bilik menghadap laptop/pc.

2. Tiba-tiba ade kawan datang membuat lawatan muhibah ke bilik sebab terlalu boring tahap gaban. Kalau ade internet, masing-masing berhubung melalui FB dgn YM je, padahal satu floor (kolej) atau satu rumah. (haha!)

Free Wifi! 

3. Tiba-tiba ade kawan ajak pergi McD sebab teringin nak makan french fries. Padahal nak online kat situ. =P

4. Anda akan melihat fenomena orang yang termenung melihat skrin laptop/pc, tapi tak buat ape2 pun. Buntu dan hilang punca. LOL

Tetiber rase nk tengok balik dorama Proposal Daisakusen nie..

5. Inilah masa terbaik untuk menonton movies atau siri drama yang didownload tapi tak pernah tengok. Sebabnye suke download banyak2 buat koleksi tapi tak tengok pun. (Same la mcm saya! haha)

Facebook Mobile!! Anytime, Anywhere.

6. Mula gatal jari mengaccess dan mengupdate status FB menggunakan aplikasi Facebook Mobile di telefon bimbit. Update status via SMS pun ade jugak.

Service centre sedia 'membantu'..lol

7. Kalau yang menggunakan streamyx, mulalah naik hangin dan terus telefon service centre untuk buat 'aduan'. Makanya terpaksalah operator bertugas mengeringkan hati mendengar makian dan kemarahan meluap2 pemanggil tadi. (haha! bersabarla ye sesape yg keje customer service tu =))

8. Rasa resah, gelisah, terpisah (erk?!) akibat tak dapat melihat homepage Google.com di Chrome mahupun Firefox. Rase macam tak lengkap hari tanpa internet. Kalau tak makan takpe asalkan ade internet. Erk, boleh ke camtu?

9. Dah takde internet, tido awal la jawabnye!! haha! =)

Sleep is good. Tapi purata aku tido setiap hari 3-4 jam je..malas nk tido mungkin? (erk?!)



p/s : kejujuran itu kadangkala terlalu pahit untuk ditelan dan terlalu susah untuk diluahkan.

2 comments :

far.Ha.Na said...

100% betul..haha.. takde internet tido je..

areev19 said...

far.Ha.Na. : yeaa...tido sudeh.. :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan