Thursday, September 16, 2010

Top 5 Lagu Raya (Lagu Baru)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..


Macam mane dgn sambutan hari raya anda semua?? Best tak?? Sejak seminggu sebelum raya hinggalah ke hari nie (hari entry ini ditulis), stesen tv dan radio mmg tak putus-putus menyiarkan lagu-lagu raya. Lagu-lagu evergreen seperti Seloka Hari Raya (Hail Amir & Uji Rashid), Suatu Hari Di Hari Raya (M. Nasir), Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza)Menjelang Hari Raya (DJ Dave) dan Balik Kampung (Sudirman) menjadi lagu-lagu wajib di radio.

Selain lagu-lagu raya lama yang evergreen, terdapat beberapa lagu raya baru yang berjaya mencuri perhatian saya pada musim raya tahun ini. Berikut ialah Top 5 Lagu Raya (Lagu Baru) yang best (bagi saya) utk tahun ini.


TOP 5 Lagu Raya (Lagu Baru 2010)


5. Rindu Yang Telah Pergi - Akim, Black, AG Hot FM
Lagu nie merupakan salah satu lagu dari album Hangatnya Raya hasil kerjasama penyampai radio Hot FM dan beberapa artis lain. Lirik dan melodinya boleh tahan, video klipnye pun okey la, touching sikit..Sesuai utk jadi lagu raya.
Rating saya : 4/5


4. Bunga Api Di Hati - Stacy, Farah Fauzana, Shila, & Leya Hot FM
Lagi sebuah lagu dari album Hangatnya Raya. Lagu nie simple tapi menarik. Takkan semua lagu raya nak sedih2 kan? Oh yeah, salah satu sebab saya suke lagu nie sbb ade Shila...hahahaha..Saya minat dgn nyanyian Shila, terutamanya lagu INI.
Rating saya : 4/5


3. Jika Hari-hari Hari Raya - Ana Rafali
Siape yang belum kenal dgn Ana Rafali?? Walaupun beliau tidak sepopular Yuna, tapi lagu-lagu Ana Rafali memang mudah utk didengar dan tidak terlalu kompleks (erk?). Korus lagu nie pula sememangnya best! "Jika hari-hari Hari Raya~" hehehe
Rating saya : 4.5/5


2. Raya Oh Yeah - Yuna
Yuna kembali lagi!! Lagu raya Yuna nie mmg layan! Tak percaya cube dengar sendiri..Video klip nye pula dirakamkan secara continuous recording, memang ceria dan kreatif habis! Terbaek lah!!
Rating saya : 5/5


1. Hanya Kerana Cinta - Hafiz, Aril, Ayu, Anne, & Tini Hot FM
Sebuah lagi lagu dari album Hangatnya Raya. Lagu nie tak macam lagu raya pun. Lirik dan melodinya 'kena' dan sedap untuk didengar berulang kali..Jadi kalau bukan raya pun boleh dengar lagu nie..Agak gwunk disitu...hahahah..Walaupun saya xberapa minat dgn Aril, tapi sebab lagu nie best, abaikan je la sape yang nyanyi.. =)
Rating saya : 5/5


Demikianlah Top 5 lagu raya (lagu baru) yang menjadi pilihan saya, anda pula bagaimana??

6 comments :

Admiral Hafiz said...

lagu Hujan & Raihan best jugak ape..

areev19 said...

Admiral Hafiz : owh..ye ker?? tak prasan plak..heheh

etomyam said...

steady hail amir & kak ujie hehehe

areev19 said...

etomyam : hehe..lagu2 raya yg lama mmg terbaek!

zuhanismohamed said...

suka lagu hanya kerana cinta..sedap :)

areev19 said...

zuhanismohamed : yeaa2 kita serupa :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan