Monday 6 September 2010

Hari Minggu dan Review The King Of Fighters

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.



Hari minggu yang lalu, ape yg korang buat? Dah pulang ke kampung halaman untuk berpuasa bersama-sama keluarga? Atau pun korang menghabiskan masa untuk shopping raya??

Bagi saya pulak, hari Sabtu dihabiskan dengan keluar 'shopping' sesorang ('shopping' lah sgt!!). Mulanya cadang nak berbuka puasa bersama2 kawan, tapi nak buat macam mane, masing-masing pun sibuk mengalahkan CEO syarikat..jadi terpaksa la batalkan hasrat aka tradisi tu utk tahun nie. Tapi siyesly, saya mmg tak reti nk bershopping nie..apetah lagi sesorang..dengan melihat kelibat orang yang terlalu ramai pulak menjadikan keadaan tak besh utk saya walaupun ade orang kate barulah meriah n berasa nak raya kalau ramai orang.

Banyak sungguh sale nak dekat raya nie...

Pening rasenye bile tgk org ramai2 nie..knape la tunggu saat2 akhir baru nk shopping eh? Ish3.. Tapi takpe la setiap orang pun sibuk dan ade hal masing2 yg membuatkan mereka shopping di saat2 akhir camnie. Okeylah, lpas settle beli ape yang patut, saya pun terus ke Shah Alam dan berbuka di rumah abg di sana.

Ahad pula saya tak keluar..dah buntu tak tahu nak pergi mane. Jadi masa dihabiskan dengan menonton movie, berinternet, dan bersukan (PES2010)..Movie yang saya tengok semalam ialah The King Of Fighters (TKOF)..satu lagi movie yang diadaptasi dari siri video game popular, selepas Tekken yang baru ditayangkan beberapa bulan lepas.

Berikut ialah review ringkas yang dapat saya tuliskan mengenai movie TKOF..(dah lama tak buat movie review..)

Klik pada Read More untuk membaca review..


REVIEW : The King Of Fighters 




Sinopsis :

Filem ini mengisahkan tentang pahlawan-pahlawan yang bersaing dan bertanding di dalam arena The King Of Fighters (TKOF) yang terletak di dalam dimensi lain. Setiap 'pahlawan' perlu menggunakan alat istimewa seperti bluetooth headset yang akan membawa mereka ke dimensi lain iaitu arena TKOF.

Rugal (tengah) bersama Mature dan Vice di dalam arena TKOF

Arena TKOF menjadi masalah apabila Rugal, telah merampas 2 alatan purba kepunyaan Chizuru yang dipercayai dapat memberikan kekuatan dan menjadikan Rugal tidak terkalah di arena TKOF. Rugal sememangnya berhasrat untuk menjadi 'The King Of Fighters' yang tidak terkalah dan terhebat. Rugal juga telah mengubah sistem dan peraturan arena TKOF mengikut kehendaknya sendiri, di mana 'pahlawan' yang 'dijemput' masuk ke dimensi lain iaitu arena TKOF akan dibunuh.

Maggie Q sebagai Mai Shiranui

Untuk menewaskan Rugal yang semakin menguasai arena TKOF, Kyo Kusanagi yang mewarisi pedang purba perlu bergabung tenaga dengan Mai Shiranui dan Iori Yagami yang mempunyai sejarah hitam dengan bapa Kyo Kusanagi.


Komen :
Satu lagi movie adaptasi dari video game yang mengecewakan. Penceritaan yang kurang menarik dan kurang menghiburkan. Satu yang positif dari movie nie? Hanyalah babak-babak aksi..Itu pun taklah menarik sangat kalau dibandingkan dgn movie Tekken yang baru ditayangkan beberapa bulan lepas.

Tengok kat wayang? Download je la kalau boleh... heheh



RATING :

Tahap Mengantuk : 3.5/5
Tahap Keterujaan : 3/5
Tahap Jalan Cerita : 1.5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 0/5
Tahap Logik : 0/5 
Tahap Lawak : 0/5
Tahap G-Wunk : 0/5
Tahap Sedih : 1/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 1/5

Keseluruhan : 4.5/10



Info :


Sekian dahulu untuk entry ini..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin.. =)

5 comments :

hans said...

owh bosan ker?
adess
macam tu download jer lah
hohoho

P/S : Berkenaan Penarikan Balik Iklan Raya TV3

areev19 said...

hans : yerp...tak berbaloi kot tgk kat wayang... :)

hans said...

nasib ko dah wat review
aku ingatkan best

P/S : Tips - Tips Bagaimana Mahu Mengelak Daripada Memberi Duit Raya Dalam Jumlah Yang Banyak!

areev19 said...

hans : tak best! tak best! :D
tp tu pendapat pribadi aku la.. :)

hans said...

aku dah download
nanti nak try tgok lah
hehehe

P/S : Alhamdulillah! Thanks DIGI! Thanks Nuffnang! Terima Kasih Semua!

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile