Wednesday 11 August 2010

Aku, Graduasi, dan FESKUM

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Dah lebih 2 minggu saya tak update entry baru di blog nie. Bukan apa, agak sibuk sejak kebelakangan nie (alasan cliche). Saya baru berpindah ke tempat kerja baru di UM, setelah 2 bulan menjalani training di sebuah kilang ubat di Sungai Petani. Jadi, sedang nak menyesuaikan diri dengan tempat tinggal dan suasana kerja yang baru, banyaklah perkara lain yang perlu dibuat selain daripada menulis entry baru di blog nie.


Okeylah, untuk pengetahuan semua yang belum tahu, minggu lepas telah berlangsungnya Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM). Dan dengan sukacitanya saya memaklumkan yang kini saya sudah bergelar graduan!! Yeahhh...Alhamdulillah..Usaha selama 3 tahun lebih akhirnya terbayar dengan mengenggam segulung ijazah..

Konvo saya telah berlangsung pada hari Rabu, 4 Ogos 2010 iaitu pada sesi petang.

Heppy but not?

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, ahli keluarga, pensyarah-pensyarah, tutor-tutor, rakan-rakan, senior-senior, junior-junior, makcik-makcik kantin 4th college, pengurusan kolej, universiti, dan semua yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam hidup saya sepanjang pengajian undergrad saya selama tempoh 3 tahun lebih ini di Universiti Malaya.

Berikut ialah sedikit gambar yang dapat saya kongsikan untuk pembaca yang sudi melayari blog ini.

Bersama mak dan ayah.

-Family-

heee...tukar cameraman pulak.. 

Coursemates.. =)

bergambar dengan ex-rumate (Encik Saipul Fakir)

rakan sekolej.. =)

Coursemates + ex-collegemates

bergambar dgn Encik Adam Hafeez (ex-4th college)

Bestarian!! 

ex-collegemate, ex-rumate, ex-coursemate, ex-fyp mate, smua la ex-mate..nama beliau Encik Ikhmal

Coursemate..Encik Irfan..tak lupa, selamat pengantin baru kepada beliau.. =)

Kami sudah bergelar graduan! 

Last but not least..inilah venue bagi upacara konvokesyen yang berlangsung di Universiti Malaya. Dewan Tunku Canselor (DTC).

Sekian dahulu untuk kali ini. Semua gambar yang diambil credit kepada rakan-rakan, dan abang saya sendiri.

Tahniah juga kepada semua graduan Universiti Malaya dan universiti-universiti atau kolej-kolej lain yang turut menjalani konvokesyen baru-baru ini.

InsyaAllah saya akan cuba untuk update dengan lebih kerap selepas ini.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak,
Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal Ibadat di bulan yang mulia ini..


p/s : FESKUM tahun nie hambar? yer!!

15 comments :

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tahniah~

rendahnya kamu hihi ^__

areev19 said...

GaDis KaMpUnG sEpArA BaNdAr : hee..trimas2...

ermm..bukan rendahnye sy, tapi tingginya mereka.. ^-^

el said...

Congrats bro!!..smoga lu akn lbih brsemngat utk truskan life..kerjaya & of course rutin berblogging nih ea..

p/s: msih lgi mnjengah2 entry lpas2 utk knal empunya blog nih..

~ SaLaM RaMaDhaN ~

pudding pie said...

tahniah..

dan selamat berpuasa jugak!

areev19 said...

el : trimas2... selamat menjengah n selamat berpuasa ye :)

pudding pie : trimas n slamat berpuasa juge :)

Syafrizal said...

tahniah dan selamat berjaya di masa hadapan
selamat berpuasa :)

areev19 said...

Syafrizal : terima kasih, dan semoga anda pun sama2 berjaya dlm bidang diceburi..

selamat berpuasa dan berbuka yer =)

hans said...

tahniah weih

P/S : Header Baru H.P.B Blog

areev19 said...

hans : terima kaseh :)

yadiebarus said...

selamat ya...

saya yadie dari indonesia....
semoga berjaya terus

come to my blog and please leave your comments...

areev19 said...

yadiebarus : smoga anda berjaya juga :)

nurmisnan said...

salam areeve
tahniah dari aku
wahhh.. anak mak dah besar dan berjaya dalam pelajaran...
lepas ni blh belanja mak makan..

selamat berpuasa areeve

areev19 said...

Nur : wsalam...trimas ye... slamat berpuasa juge :)

sweetsal said...

wah...tahniah..tahniah dh grad dh..blh la cari kerja yg sesuai ye..

areev19 said...

sweetsal : trima kaseh..yea2 insyaallah :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile