Monday 17 May 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 4 - Part 2) : Lucerne, Switzerland

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 4 - Part 2) : Lucerne, Switzerland

Hari Keempat - Jumaat (30 April 2010) - Bahagian 2 : Bandar Lucerne, Switzerland


Selepas puas (tak puas pun!) menghabiskan masa berada di Gunung Titlis, rombongan kami bertolak pulang ke hotel pada jam 12.45pm.

Gambar di bawah diambil ketika dalam perjalanan pulang ke Hotel Drei Konige yang terletak di bandar Lucerne :

Tenang dan aman damai pemandangannya

Banyak rumah-rumah di kawasan bukit





Melalui tepi tasik

Sampai jua kembali di Lucerne..

Lagi sekitar bandar Lucerne..


Rombongan kami tiba di hotel pada kira-kira pukul 1.35pm, dan berkumpul semula untuk agenda seterusnya pada jam 2.30pm. Aktiviti kami pada petang itu disertai oleh Tour Guide wanita bernama Rosemary. Beliau lah yang akan menemani rombongan kami melawat sekitar bandar Lucerne sambil memberikan penerangan mengenai bandar tersebut.

2.40pm - Kami bertolak ke bandar Lucerne.

Terdapat banyak basikal yang digunakan. Lebih praktikal rasanya menggunakan basikal di negara-negara Eropah. Eh, di Jepun juga ramai yang menggunakan basikal sebagai kenderaan utama ke pejabat! Yer lah, susah nak berpeluh kat negara-negara camnie..

Muzium Kesenian Lucerne

Pemandangan di sekitar bandar Lucerne

Pemandangan di sekitar bandar Lucerne

Bas panjang nie pun salah satu pengangkutan awam yang popular dan mudah

Pemandangan di sekitar bandar Lucerne


Selepas bas mendapatkan parking, rombongan kami turun dan bergerak berjalan kaki sambil mengikuti Tour Guide yang membawa kami melawat lokasi-lokasi menarik sekitar bandar Lucerne.

Old Swiss House


Mrs. Rosemary memberi penerangan kepada peserta rombongan mengenai lokasi menarik

Bangunan cantik!


Kami turut dibawa melawat ke Lion Monument yang dibuat bagi memperingati askar Swiss yang terbunuh ketika Revolusi Perancis.

Peserta rombongan bergambar di hadapan The Lion Monument

Lagi bangunan yang dicat dengan menarik. Mungkin ada sejarahnya, tapi saya tak sempat dengar penerangan Mrs. Rosemary sebab terlalu asyik mengambil gambar.

Tengah sibuk-sibuk nie ade pulak orang bagi air free untuk promosi produk baru. 

Antara arca yang terdapat di celah-celah bandar Lucerne.

Sempat bergambar dengan peta bandar Lucerne

BUCHERER nie merupakan kedai jam yang sangat terkenal. Pelbagai jenis jam berjenama dijual disini, dan harganya pun dikatakan lebih 'murah' kalau dibandingkan dengan harga yang dijual di Malaysia. Tapi 'murah' pun, taklah 'murah' yang kite bayangkan...

The Chapel Bridge nie pula merupakan antara lokasi tarikan di bandar Lucerne. Ianya merupakan jambatan kayu tertua di Eropah dan pernah terbakar suatu ketika dahulu.

Pada bahagian atas di dalam Chapel Bridge ini terdapat lukisan-lukisan yang mencatatkan sejarah bandar Lucerne sejak abad ke-17.

Lagi bangunan lama di bandar Lucerne

Bergambar berlatarbelakangkan Chapel Bridge dan Water Tower

Terdapat banyak Swan di sekitar Sungai Reuss di bandar Lucerne ini

Pemandangan sekitar Sungai Reuss

Kami turut dibawa melawat Jesuit Church yang merupakan antara gereja tertua di Switzerland.

4.30pm - Selepas menemani rombongan kami selama hampir 2 jam lebih, Mrs. Rosemary menamatkan tugasnya dan membawa kami ke lokasi menarik untuk 'shopping'. Rombongan kami diberikan kebebasan untuk membeli-belah dan boleh pulang sendiri ke hotel pada bila-bila masa dengan berjalan kaki. Hotel tempat tinggal kami terletak tidak jauh dari tempat membeli belah tersebut, iaitu dalam kira-kira 12 minit berjalan kaki.

Jambatan moden yang merentasi Sungai Reuss


Sempat membeli souvenirs di BUCHERER..yerp, bukan jual jam je, ade juga jual souvenirs.

5.30pm - Kami sekeluarga pulang berjalan kaki ke hotel yang terletak kira-kira 15 minit dari BUCHERER. Hujan pun dah renyai-renyai semasa tue, bertambah sejuk jadinya..Aktiviti seterusnya ialah berehat di bilik kerana esoknya merupakan perjalanan jauh menuju ke Paris, Perancis.


5 comments :

hans said...

best nya jadi ko
dengki lak aku

areev19 said...

ish3..jgn la camtu..rezeki masing2 :)

Keyyah said...

Lamanya bercuti...

areev19 said...

sweeTSour : eh..xde la lame sgt..sy da balik Malaysia pun :)

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

pernah ke bandar ini,melawat ke auto museum.

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile