Monday 12 April 2010

[Tutorial] Mencari gambar menggunakan gambar..Err...paham tak?

[Tutorial] Mencari gambar menggunakan gambar..Err...paham tak?


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin tak ramai yang tahu. Tahukah anda, anda boleh mencari gambar dengan menggunakan gambar di internet? 


Contohnya, anda ingin mengetahui apakah dan dari manakah gambar di bawah ini boleh diperolehi :



Dengan menggunakan laman web TinEye.com, anda boleh mencari informasi bagi gambar tersebut yang mungkin terdapat di  beberapa laman web yang lain. Prinsipnya mudah, gunakan gambar untuk mencari gambar!

Caranya?
Mula-mula, sila pergi ke laman web ini http://www.tineye.com


Kemudian, pilih file gambar anda yang ingin dicari dengan menekan kotak Choose File atau pun masukkan URL gambar yang ingin dicari.

Klik untuk besarkan

Selepas itu, anda akan menjumpai beberapa gambar serupa yang terdapat di beberapa laman web lain. Mudah kan?

Namun, oleh kerana perkhidmatan TinEye ini masih lagi di peringkat beta, atau percubaan. Maka tidak semua gambar yang dicari akan pasti dijumpai. Ini bukan macam dalam siri CSI tuh yer, boleh jumpa semua gambar. =)

Selamat mencuba!

12 comments :

asdsahar said...

wah bro..tenkiu sebab share benda ni..sebgai designer..aku kdg2 perlu source mcm ni..

Rina Rossoneri said...

wahhhhhhh best2 info...

Syafiq Kadiran said...

wooo!!!!
nice sharing...

areev19 said...

as_sahar : welkam2..no problem bro..sharing is caring :)

rossoneri & Syafiq Kadiran : trimas2 :)

cEro said...

waaahh, tak sangka ade web camtu ek..
very nice...

Azuan said...

ada jugak web camne~mantap!!

Belalang hijau Perisik said...

sempoi punya info...
thanks bro.
igt pandai ulas bola jer...
kuikuikui...

Hot Mama said...

nice postingg..tq2 info yg best

Hot Mama said...

tapikan ada penah terbaca mana ntah katanya google akan buat mcm tu gak nanti leh search gambar...

Anna Boleyn said...

nice info! thanx for sharing.. :)


p/s: areev, yep hana dak U nape??

Amirah Rashid said...

oit. ape ngumpat2 CSI ni hah? sensitif tau. haha. anyway, thanks for the info :D

areev19 said...

Amirah : sy pun peminat CSI gak..! :D

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile