Sunday, April 4, 2010

Special Post : Festival Seni Universiti Malaya (FESENI '10)

Special Post : Festival Seni Universiti Malaya (FESENI '10)


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Seperti yang saya janjikan dalam entry saya pada minggu lepas, kini saya akan bercerita sedikit tentang event yang telah saya pergi sepanjang 5 hari saya ke Kuala Lumpur dan Shah Alam minggu lepas.


Festival Seni Universiti Malaya (FESENI) merupakan salah satu acara tahunan besar-besaran dalam kalendar Universiti Malaya, selain Festival Konvokesyen (FESKUM) dan Sukan Universiti Malaya (SUKMUM). Festival ini terdiri daripada beberapa pertandingan berunsur kesenian seperti Tarian Tradisional Melayu, Cina, dan India, Boria, Nasyid, Nyanyian Asli, Koir, dan yang paling dinantikan ialah acara Muzik Akustik dan Pop Band. Peserta-peserta dalam pertandingan ini pula terdiri daripada pelajar-pelajar dari kolej-kolej kediaman yang terdapat di Universiti Malaya iaitu sebanyak 13 buah kolej. Yea, mereka bertanding mewakili kolej masing-masing atau pertandingan antara kolej (intercollege).


Jadual senarai pertandingan (klik untuk besarkan)

Saya pernah menulis 2 entry mengenai FESENI ini pada tahun lepas, anda boleh baca di SINI dan SINI.

Kenapa saya beriya-iya sanggup datang ke UM untuk menonton FESENI ini? Sebenarnya banyak kenangan yang saya peroleh dalam FESENI ini. Pada tahun pertama saya sebagai undergrad, saya pernah bersama rakan-rakan mewakili Kolej Bestari dalam pertandingan Nasyid dan telah berjaya mendapat tempat Kedua, iaitu pencapaian terbaik Kolej Bestari setakat ini. Pada tahun kedua, saya telah menjadi AJK FESENI bagi kolej saya, dan pada tahun ketiga pula saya dan beberapa rakan lain masih bersemangat seperti 'AJK' dan sentiasa menjadi antara penyokong dan peminat setia rakan-rakan khususnya yang menyertai pertandingan Muzik Akustik dan Pop Band. Hinggalah ke sekarang, saya dan beberapa rakan lain yang sudah pun bergraduasi masih lagi bersemangat dan sanggup hadir bagi memberi sokongan!

Kenangan menyertai Nasyid FESENI '07

Pada tahun ini, bekas kolej saya, iaitu Kolej Kediaman Keempat (Bestari) telah berjaya mendapat tempat Kedua dalam pertandingan Muzik Akustik dan Johan dalam pertandingan Pop Band. Memang tak rugi saya datang dari Taiping ke Kuala Lumpur untuk menonton dan memberi sokongan kepada rakan-rakan yang menyertai pertandingan tersebut! Persembahan mereka memang mantap dan terbaek!! (Sekurang-kurangnya di mata saya dan juri yang menilai). Di bawah ialah klip video persembahan mereka yang dirakamkan saya (ada juga fungsi saya datang rupanya, hehe) menggunakan videocam milik rakan saya (John) yang juga peserta pertandingan.

Pertandingan Muzik Akustik

Band Akustik 4th (Junior)
Lagu - Pichagari dan Papadem (Instrumental)



Band Akustik 4th (Senior)
Lagu - Cinta Ini dan Diem (Instrumental)

Pencapaian : 
Pemain Instrument Terbaik - Gitar Bass - Farid (John)
Anugerah Khas Juri 
Tempat Kedua Keseluruhan


Pertandingan Pop Band

(video di atas merupakan rakaman Malam Juara-juara FESENI '10 yang terdiri daripada lagu vokal - Menghujam Jantungku sahaja)

Pop Band 4th 
Lagu - Menghujam Jantungku dan Hey..Otak-otak Kira (Instrumental)

Pencapaian :
Gitar Utama Terbaik - Eugene
Gitar Bass Terbaik - Farid (John)
Vokalis Terbaik - Baby
Johan Keseluruhan

Gambar credit kepada akaun Facebook John

Tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana telah berjaya mencipta rekod dan mengharumkan nama kolej dan diri sendiri. Tidak lupa juga terima kasih kerana telah memberikan persembahan yang terbaek kepada kami sebagai penonton dan penyokong setia Band Kolej Kediaman Keempat!! =)

Sebagai penghargaan, saya telah mengumpulkan kesemua koleksi persembahan dari band-band Kolej Bestari  dari sesi 2006/07 sehinggalah yang terbaru, iaitu sesi 2009/10 dalam format mp3 sebagai kenang-kenangan. Dah jadi satu 'album penuh' pun! Kepada semua pelajar Kolej Kediaman Keempat (Bestari) UM mahupun peminat muzik band atau indie, anda boleh download Koleksi lagu-lagu Band FESENI 4TH dalam format mp3 ini yang terdiri daripada 22 lagu melalui link yang saya sediakan di bawah.

DOWNLOAD


Klik untuk besarkan

Sekian dahulu untuk kali ini, semoga Kolej Kediaman Keempat (Bestari) Universiti Malaya akan terus sukses dan terus mencipta kejayaan!

5 comments :

e~car182 said...

er,,sy duk UM pon tak gi tgk,,jadi AJK je la,,huu~

areev19 said...

e~car182 : uit..laa...rugi la tak pg tgk.. ish3

nawal said...

org luar boleh pegi ke?

areev19 said...

nawal : boleh jer..terbuka..sesiapa pun boleh pergi. cuma perlu bayar tiket RM3 je. =)

DodgeDartRental said...

Baby skarang ada band ke? Dah grad? Hehe. Suka suara dia... Lagu "Sinaran - FESENI 08" syahduuu... Yg ni pun mantap gak.

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan