Wednesday, April 14, 2010

Hati-hati dengan taktik terbaru penjenayah di Stesen Minyak Petronas



Untuk hebahan dan edaran kepada rakyat. Kepada para pengunjung stesen minyak petronas, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik licik penjenayah yang dimaksudkan di dalam surat pekeliling ini.

8 April 2010



KEPADA RAKAN NIAGA STESEN SERVIS PETRONAS

Rakan niaga,



PEMBERIAN BARANGAN PERCUMA OLEH SINDIKIT DI STESEN PETRONAS

Pekeliling ini disampaikan berdasarkan pemberitahuan dari pihak Unit Pengurusan Reputasi, Jabatan Jenama, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB).

Adalah dimaklumkan bahawa PDB telah mengenal pasti sekumpulan sindiket yang beroperasi di stesen-stesen minyak sekitar Malaysia yang membuat pemberian barangan percuma seperti rantai kunci, patung-patung kecil, "flipflop" dan sebagainya kepada pelanggan yang mengisi minyak di stesen.

Hasil dari siasatan yang dijalankan, PDB telah mengenalpasti modus operandi sindekit tersebut seperti berikut:

  • Barangan percuma ini yang diberikan kepada pelanggan mempunyai alat pengesan di dalamnya. Kumpulan sindikit kemudia akan mengesan pergerakkan dan lokasi rumah pelanggan melalui 'signal' yang dipancarkan dari barangan tersebut sebelum melakukan sebarang aktiviti jenayah.
  • Untuk mengaburi pihak berkuasa, kumpulan sindikit ini beroperasi pada waktu rawak.
Sehubungan dengan itu, Rakan Niaga (RN) adalah diingatkan untuk sentiasa memantau aktiviti - aktiviti yang dinyatakan di atas dan melaporkan terus kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang transaksi/aktiviti yang meragukan berlaku di stesen RN

Selain itu, sebarang inisiatif dari RN sendiri khususnya pemberian barangan percuma kepada pelanggan seharusnya mendapat kelulusan terdahulu daripada pengurus kawasan masing-masing

Sekian, terima kasih.



p/s : Dicopy & paste secara total dari sumber asal di SINI.

15 comments :

Anak Perak said...

ade dapat email ni pagi td

areev19 said...

owh... sama2 kita sebarkan :)

nawal said...

beb! baru semalam bapak aku gi petronas, dapat kotak tisu free!

ni yg cuak nih!

areev19 said...

nawal : owh...cube check kotak tisu tue.. :|

Aus MeLankoLik said...

huish , bhye gile .
bagus2...
kena ambik perhatian ni .
buat aduan rakyat .c

FITRIHADI said...

kalau dia bagi, bawak je bagi kat balai polis..pastu diorang pun bergerak lah ke balai polis..hehe lagi afdal letak key chain tu dalam jail..terus diorang bergerak masuk jail hehe :D thanks for sharing

sugar2 kapas strawberry said...

hmmm mcm2 kn taktik skang nih...seram la plk sy..jd hati2 la..

hanna said...

okay.
lepas ni x mahu g petronas lagi
g stesen minyak lain
tehehehe

tbe2 sy teringat
kitorng penah dpt air free yg bnyk
dr sorang pekerja yg mke die mcam saiko tp bile senyum mcam arnab.
tu pon termasuk ke???

rossoneri said...

oh yang ini, akak2 smua bg warning pasal nih..

Amirah Rashid said...

ishh. bahaya betul skrg ni. ape la nk jd dgn diorg ni -.-"

M a W a D D a H said...

uiks..bahaya..bahaya...

SHaFiQa said...

pergh..takut..dahla sminggu skali kne g isi minyak..

Nurul Harun said...

ish. bahaya betol la.

thanks for this info!

Yatre Hayati said...

wah2..bahayanya!!! ok2..nanti kita x kan amek bila isi minyak kat petronas...

nasikputeh said...

huhu.
asek nak menipu je koje nye~

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan