Tuesday, March 9, 2010

Review : Percy Jackson & the Olympians : The Lightning Thief

Review : Percy Jackson & the Olympians : The Lightning Thief

Percy Jackson & Olympians : The Lightning Thief

Sinopsis Ringkas :

Percy Jackson (Logan Lerman) merupakan seorang remaja yang mempunyai masalah dyslexia iaitu kesukaran untuk membaca, mengeja dan mengira. Percy menjalani kehidupan remajanya seperti orang lain sehinggalah pada suatu hari, Percy telah diserang oleh makhluk Fury yang menuduhnya mencuri lightning bolt ketika di dalam muzium Greek. Percy yang terpinga-pinga akhirnya mengetahui bahawa dia ialah seorang demigod iaitu separuh manusia, dan separuh 'tuhan', mengikut mitos tuhan-tuhan Greek. Percy merupakan anak kepada Poseidon, iaitu tuhan laut dan gempa bumi dalam mitos Greek.

Setelah rahsia Percy terbongkar, ibu dan sahabatnya, Grover (Brandon T. Jackson) telah membawa Percy ke Camp Half-Blood di mana golongan demigod berkumpul dan berlatih. Semasa dalam perjalanan, ibu Percy telah diculik oleh Hades, salah satu daripada 3 tuhan mitos Greek. Hades juga mengugut Percy untuk menyerahkan lightning bolt yang kononnya dicurinya untuk ditukarkan dengan ibu Percy. Demi menyelamatkan ibunya, maka bermulalah pengembaraan Percy dan Grover, dan turut disertai Annabeth (Alexandra Daddario), yang juga seorang demigod seperti Percy. Siapakah yang sebenarnya mencuri lightning bolt? Dapatkah Percy menyelamatkan ibunya?

Trailer

Komen :
Sebuah lagi siri novel remaja popular yang diadaptasi ke filem. Setelah kejayaan siri Harry Porter dan Narnia di layar perak, kini giliran Percy Jackson pula untuk mencipta fenomena khususnya di kalangan penonton remaja dan kanak-kanak. Untuk filem pertama ini, plot dan lakonan yang ditonjolkan tidak mengecewakan, dan tidak hairan kalau filem keduanya akan diterbitkan berdasarkan 4 lagi novel dalam siri Percy Jackson ini.

Novel Percy Jackson & The Olympians : The Lightning Thief 

Filem/novel ini menggunakan unsur-unsur dan tema mitos Greek sebagai tulang belakang dalam jalan ceritanya, maka tidak hairan kalau semua yang berkaitan dengan mitos Greek dapat dilihat dalam filem/siri ini, antaranya minotaur, satyr, fury, dan sebagainya. Keseluruhannya, tidak mengecewakan dan menarik untuk ditonton seisi keluarga (tengok boleh, percaya jangan! Syirik!) =)



RATING :

Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 4/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 2/5
Tahap Logik : 0/5 
Tahap Lawak : 2/5
Tahap G-Wunk : 1/5
Tahap Sedih : 1/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 3/5

Keseluruhan : 7/10



Info :

7 comments :

Din said...

best cte ni mase tgk kt wayang ari tu..hihi..

para said...

anda di tagggg!!ngeeee

Atan Athen said...

baru download citer ni....jap lg nk tgk

Encik aMin said...

yeah, mmg best siot cite nih.. :)

p/s: i dah follow ko tau...

http://aminpunyastory.blogspot.com

♥Huda Luna™ said...

ok nanti tengok =)

Amirah Rashid said...

best gilaaa
belanja sy tgk lg blh?
hee

areev19 said...

Amirah : donlod la :P

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan