Saturday, March 20, 2010

Avril Lavigne - B-Sides

Avril Lavigne - B-Sides

Apakah yang dimaksudkan dengan B-Side? Mengikut jawapan Pak Cik Wiki, asalnya A-Side dan B-Side merujuk kepada bahagian atas dan bawah pada piring hitam vinil 7-inci, di mana penggunaannya pada awal 1950-an adalah sama dengan 'single' yang dikeluarkan dalam bentuk cd pada zaman sekarang. A-Side atau pun bahagian A biasanya mengandungi lagu yang dijangkakan 'hit' dan manakala B-Side atau bahagian B pula mengandungi lagu yang sekadar pelengkap 'single' dan biasanya tidak akan terdapat dalam 'album penuh' yang bakal dikeluarkan.

Perbezaan piring hitam 12-inci, 7-inci, dan CD

Okeylah, tamat info ringkas tentang A-Side dan B-Side. Kalau nak faham lebih lanjut, anda boleh baca di SINI.

Avril Lavigne - B-Sides

Sekarang anda dah paham tajuk post ini? Yeah, ianya berkaitan dengan koleksi lagu B-Side oleh Avril Lavigne! Mungkin tak ramai yang mengetahui akan kewujudan album B-Sides ini. Sebenarnya album ini tidak dijual secara rasmi dan semua lagu-lagu ini dikumpulkan oleh peminat-peminat Avril dan mereka lah yang telah menjadikannya album! Walaupun lagu-lagu ini merupakan lagu 'B-Side', namun ianya tidak menghampakan, dan memang best! - Demikianlah kata-kata peminat tegar Avril Lavigne.

grrl....

Yeah, saya meminati Avril Lavigne sejak kali pertama mendengar lagu 'Complicated' di MTV dan Channel [V] kira-kira 8 tahun lepas. Ketika itu, boleh dikatakan hampir setiap sejam, video klip 'Complicated' akan ke udara di kedua-dua channel MTV dan Channel [V]. Begitu hebatnya impak lagu 'Complicated' pada waktu itu! UUhhhh...

Berikut saya senaraikan 24 lagu yang saya kumpulkan untuk album B-Sides ini :


1. All You Will Never Know
2. Daydream
3. Falling Down
4. Falling Into History
5. Get Over It
6. Headset
7. I Always Get What I Want
8. I Don't Give
9. I'll Never Say
10. Keep Holding On
11. Kiss Me (Cover)
12. Let Go
13. Make Up
14. Move Your Little Self On
15. Not The Only One
16. Once And For Real
17. Stay Be The One
18. Take Me Away
19. Time After Time (Acoustic)
20. Tomorrow You Didn't
21. Touch The Sky
22. Two Rivers
23. You Never Satisfy Me
24. Why 


Lagu  kegemaran saya? Saya paling suka lagu 'Why', 'Touch The Sky', 'Two Rivers', 'I Don't Give', 'I Always Get  What I Want', eh..semua lah senang tulis! He he..

INFO :

4 comments :

JAI said...

wow..gempak blog nie full of kaler...updated blogger terhebat

Izyan Izzaty said...

wah !! yeke ?? bru lak tw b-sides n a-seides ekcle exsist dlm piring hitam tue n it got size . hehe

Arra JaSmY said...

owh..macam tu upenya baru tahu..lorhh.:)
thanks for sharing.:)

Anonymous said...

Cool..

Try this blog,read few entries..i found it very funny and interesting

www.fdausamad.blogspot.com

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan