Friday, February 19, 2010

Review : The Wolfman (2010)

Salamx...

Semalam sebenarnya rancang nak tengok filem Percy Jackson, tapi masa nak beli tiket tinggal row depan jer. Tak berminat la aku, terus aku pilih filem The Wolfman. Sebabnya aku pernah tengok trailer nye kat tv arituh. Macam best jer kot? Maka aku pun menonton The Wolfman semalam...





Review The Wolfman :

Sinopsis Ringkas :
Cerita bermula dengan kematian Ben Talbot (Simon Merrells) yang diserang oleh seekor 'makhluk buas' di suatu tempat bernama Blackmoore. Berikutan kematian tersebut, Lawrence Talbot (Benicio Del Toro), iaitu abang kepada Ben telah pulang ke kampung mereka (Blackmoore) apabila mendapat surat daripada teman wanita Ben yang bernama Gwen Conliffe (Emily Blunt). Misteri kematian sadis Ben membuatkan Lawrence berazam untuk mencari punca perkara tersebut. 

Benicio Del Toro sebagai The Wolfman

Ketika sedang menyiasat mengenai makhluk buas tersebut, Lawrence telah diserang dan digigit makhluk buas yang diburunya itu. Lawrence bernasib baik kerana sempat diselamatkan orang yang berada di tempat kejadian, dan dipendekkan cerita tidak beberapa lama kemudian luka Lawrence telah pulih dengan sendirinya. Menjelang bulan penuh (purnama), Lawrence mula bertukar menjadi serigala jadian (wolfman) dan membuat onar di sekitar bandar Blackmoore. Kesudahan filem ini? Tengok lah sendiri sementara masih hangat di pasaran!

Komen :
Filem ini lambat berkembang, sungguh bosan ketika awal filem ini. Namun di pertengahan sehingga ke penghujung, baru lah terasa best atau pun menarik untuk ditonton. Nasib baiklah filem nie bukan 2 jam lebih. Oh yeah, filem nie sebenarnya remake bagi filem tahun 1941 yang mempunyai judul sama.


Rating :

Tahap Mengantuk : 3.5/5
Tahap Keterujaan : 4/5
Tahap Jalan Cerita : 3/5
Tahap Logik : 1/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 1/5
Tahap Seram : 2/5
Tahap Terkejut : 3.5/5
Tahap Lawak : 0/5
Tahap G-Wunk : 2/5
Tahap Sedih : 1/5

Keseluruhan : 3.5/5


 Info :


11 comments :

hans said...

hahahaha
kau tak duduk row depan
macam aku tersilap pilih seat
duduk depan

so tahap kejut 4.5/5 bagi aku
hahaha

Dashing Days said...

xsanggup nak tgk cite nih..tkot popcorn tcmpak sebelum smpat nak mengunyahnye,..mcm kes time tgk cite ju on..*lemah smangat* loser kan heee

areev19 said...

hans : hahaha...aku duduk seat blakang skali..layan jer.. :P

Dashing Days : xtakut la tgk cite nie. Jgn riso lah :)

hans said...

hahaha
ok la tu
aku dkt depan
memang xboleh buat apa
terkejut jer memang dengar la suara aku
hahaha
dah time tu aku demam

sayaBerd said...

gmba muka brader tu mcm shah ruk khan je ak tgk.
wakaka

nursarah said...

hah, macam nak tengok gak citer nih.

Gelap said...

kna tgk yg first version dl,
then baru tgk yg remake...

tp mesti gelak punyer kalau tgk yg ori... mesti mekap diorang tak pandai lg then:D

biLa aKu muLa mEmbEbeL.. said...

18++ period movie!
=)

it was nice but i expecting more..

fiezah91 said...

mcm sama je cm sy..nk tgk percy jackson tp tiket dah hbs.. T_T..
tpaksa tgk the wolfman..hiks.. x besh.. awl mmg bosan giler babun.. hoho.. last baru ok.. tp ending citer pon x besh.. mcm tergantung.. hoho.. :P

Fyzal said...

pada aku wolfman ni biasa2 jer.. tp buleh la nk layan..

aku tunggu the sorcerer's apprentice. - nicholas cage.. !

khairolghani said...

citer ni best,tapi tak sampai tahap best yang aku nak..boleh la layan..

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan