Monday, February 1, 2010

Review Adnan Sempit

Setelah 2 minggu lebih filem ini ditayangkan di pawagam, akhirnya baru hari ini (31 Januari 2010) aku berkesempatan untuk menonton. Tapi, tue pun panggung masih penuh! Mungkin sebab hari Ahad kot, tapi memandangkan banyak review mencadangkan yang filem nie terbaek! Tak hairan la dah 2 minggu pun masih sold out!

Beberapa bulan yang lalu, aku dah nampak dah iklan Adnan Sempit ni kat Big Cinema kat Taiping Sentral. Masa tue dalam hati aku berkata, filem ape la yg cam ntah papa nie! Namun setelah banyak review dan komen aku dengar dari orang yg dah tgk filem nie, sangkaan awal aku meleset sama sekali!

Trailer Adnan Sempit

Mungkin ramai yang dah tengok dan baca review filem nie kat blog atau website laen, tapi ianya masih tak menghalang aku untuk memberi komen dan sdikit review ringkas mengenai filem Melayu terbaek tahun 2010 ini, sebab nye aku sangat berminat nk memberi komen terhadap filem Melayu yang jarang sungguh aku tgk kat pawagam nie! Last filem Melayu yang aku tgk? Papadom (aku bg 5/5) dan Pisau Cukur (aku bg 3.5/5).

Kalau tahun 2009, filem terbaek bg aku ialah Papadom, tahun 2010 nie plak aku nobatkan Adnan Sempit sbg filem Melayu terbaek! tp buat masa sekarang la =) (lg pun kan baru masuk bulan februari)

Poster Adnan Sempit

Sipnosis Ringkas

Adnan Sempit mengisahkan tentang Adnan, yang 'sempit' dalam segala hal, dari segi duit, rumah, baju, pemikiran, dan semua lah! Adnan bekerja sebagai Mat Despatch di sebuah syarikat di mana Nadia (Intan Ladyana) merupakan Boss nya. Adnan menaruh hati pada Nadia namun tak berkesempatan untuk meluahkannya, yer la Boss awek mane yg nk pandang mat rempit/sempit mcm Adnan nie.

Tapi suatu kejadian menyebabkan secara tiba-tiba Nadia menjadikan Adnan sebagai 'boyfriend' nya, maka dari situlah bermulanya kisah romantik komedi ini~ Nak tau lebih lanjut? pergi lah tgk sendiri sementara masih panas di pawagam!

Komen 
Jalan cerita yang menarik, konpem gelak ketawa sepanjang filem ini ditayangkan. Tak bosan, dengan lawak yang menjadi dan tidak dibuat-buat. Bak kata Khai dalam blog Oh! Artis, memang filem Melayu wajib tonton, dan sangat berbaloi untuk ditonton di pawagam. Tak macam filem Senario yang dah tak relevan lawaknya, dan download pun not worth it!

Lakonan Shaheizy Sam memang mantap dan watak Adnan berjaya diselami dengan baik. Intan Ladyana yang dulu nya aku kutuk sebab tak reti berlakon pun kini dah menunjukkan kematangan nya dalam bidang lakonan. Pelakon tambahan seperti Along Raja Lawak, Norliana Samsudin, dan Cat Farish pulak memang tak menghampakan! Syabas kepada Ahmad Idham selaku pengarah!


Rating :

Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 5/5
Tahap Jalan Cerita : 4.5/5
Tahap Logik : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 5/5
Tahap Lawak : 5/5
Tahap G-Wunk : 2/5
Tahap Sedih : 2/5

Keseluruhan : 5/5

INFO :

9 comments :

Iza Idris said...

Alamak.. sorry Areev to spoil your mood.. tapi saya try nak gelak bila tgk citer ni.. but i just can't... tak tau kat mana lawaknyer time tgk orang (mat moto) gelak ramai2... so far, papadom lagi ok laa... but anyway.. mmg pelakon tambahan dorang mmg best! Dan si Adnan & Nadia tu dah bawak watak dengan baik.. =)

Still saya bagi 2.5/5.0 je..

Anonymous said...

still mencari tajuk lagu yang si angah menyanyi sepanjang kat warung tepi uh.lagu2 yang dia nyanyi semua best2 banget..tp,xtau tajuk lagu.der bbrapa lagu yang still xjumpa tajuk dia.

areev19 said...

Puan Iza :
yeah, mngkin lawak nye tak boleh masuk dgn smua org kot.. lawak papadom mmg lebih berkualiti, tak dinafikan. =)

Iza Idris said...

(^^,) yup.. setuju tu... anyway.. part si angah nyanyi mmg kena ngan keadaan citer... tu mmg i suke.. kalau part2 ni mmg i dapat laa gelak..

anyway.. as u said.. maybe tak leh nak masuk ngan semua orang or maybe i punya sense of humor dah hilang kot =)

areev19 said...

Puan Iza :
tekanan keje sgt kot smpai xbleh gelak.. =)

takpe, tgk scene2 papadom yg best kat youtube sy.. hehehe

Azwin Yusof said...

urmm..dasyat la tahap2 ko ni aizat.
weh, bagi hantar kt aku softcopt cerita2 ni...aku nak tgokkk!!!

areev19 said...

awin, klo ade link utk donload nanti aku bg kat ko yer.. =)

faradeeba said...

tambah smgt nk tgk adnan smpit ni
aritu nk tgk kete ttbe rosak

hahah

tsmpit2 kitorang kat jalan tuh
tu le alamatnye nk tgk time xm
;D

areev19 said...

faradeeba : kne tgk cte nie..filem melayu wajib tonton :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan