Thursday 18 February 2010

Kenapa Aku Jarang Baca Suratkhabar

Kenapa Aku Jarang Baca Suratkhabar


Ada 3 sebab utama kenapa aku kurang berminat dan jarang membaca suratkhabar tempatan.

1. Tajuk Berita 'Panas' / 'Sensasi' Di Muka Depan
Tajuk berita pada bahagian muka depan bukan main 'panas' dan 'sensasi' semata-mata untuk menarik pembeli. Kebanyakannya pula penuh dengan unsur seksa seks. Tak percaya? Tengok sendiri bukti di bawah :





Perlukah dihighlightkan berita-berita macam ini di muka hadapan? Suratkhabar harian macam ni bukannya orang dewasa jer yang baca, kanak-kanak yang masih suci murni pun baca juga. Kesannya? Lu pikirlah sendiri!


2. Fakta Yang Kurang Tepat / Mengelirukan
Terlalu banyak fakta yang kurang tepat dan mengelirukan dalam berita-berita dalam suratkhabar. Ada yang kata macam nie, ada yang kata macam tue, akhirnya semua tak boleh dipercayai. Bukti? Dalam berita Utusan hari ini. Anda lihat sendiri perbezaan di bawah.

Petikan Utusan :

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Hampir 500 individu dari parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun dan berarak secara aman di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng di sini hari ini.


Keadaan sebenar :



Cuba anda kira sendiri berapa ramai yang terlibat dalam demo di atas nieh? Lebih daripada 100 individu tak? Gambar sumbangan saksi yang berada di tempat kejadian.


3. Berita Copy&Paste
Berita-berita khususnya dari luar negara kebanyakannya copy&paste dari internet. Dari hal ehwal dunia luar hinggalah ke bahagian sukan, kebanyakannya (tak semua ya) copy&paste. Contoh, disebabkan aku nie selalu mengikuti berita sukan khususnya bolasepak, jadi aku boleh nampak sendiri persamaan berita yang aku baca malam sebelumnya di laman web popular dengan suratkhabar pada hari esoknya. Kalau suratkhabar berbahasa Melayu pulak, hanya direct translation semata-mata. Memanglah kadang-kadang ada dinyatakan sumber berita tersebut diambil, tapi tak salah rasanya kalau diolah sedikit cara penyampaiannya bagi membezakan dengan sumber asal. Zaman dahulu tak ada internet pun, kenapa wartawan masih mampu mendapatkan maklumat berita luar negara?

Bukti? Yang ini maaflah, tak dapat cari gambar yang bersesuaian. Tapi kalau anda sering membaca berita online dan membaca suratkhabar, tentu anda dapat melihat persamaannya.


Kesimpulan :
Dengan adanya kemudahan internet pada hari ini, kita ibarat berada di dalam dunia tanpa sempadan. Tanya sahaja Pak Cik Google tentang apa-apa yang anda ingin tahu, pasti ada jawapan diberikan oleh Pak Cik Google. Jadi tidak mustahil ramai yang lebih minat membaca akhbar online sama ada dari dalam atau luar negara. Sumber yang diperoleh pula pelbagai, jadi anda boleh buat pilihan yang terbaik untuk diri anda.

Maaflah kepada wartawan suratkhabar jikalau berkecil hati kerana membaca blog post ini. Ini sekadar luahan hati dan komen penerima berita. Peace no war! =)

18 comments :

Anonymous said...

mai pun dh lame giler tk bace surat khabar.. so, tk taw pa jd dgn dunia skng..

Anonymous said...

selalu paper metro yg ade tajuk hot!

ala..

berita harian besh ape?
hehehe

atreyu strange said...

Tu sumer newspaper yg terlalu radikal. Mcm Metro tu byk giler citer seks. Haha. Pastu Utusan plak TERLAMPAU PRO-Melayu. Kesimpulannya, jgn percaya sumer yg anda bc. Heh.

nuriz said...

suratkabo nak bagi laku sbb tu buat tajuk camtu. tapi ramai gak berminat nak baca camtu

Mizzi Ifwat said...

Salam...

Kita dilahirkan dengan otak yang sama dan setiap manusia dikurniakan akal...
Bezanya cara kita berfikir sahaja...
Kita boleh baca semua jenis artikel tidak kiralah mainstream artikel mcm suratkhabar...
Kita pun boleh tambah pengetahuan Hal Ehwal Semasa kita dengan internet..

tapi kita mesti pandai tapis...
mane yang baik dan mane yang buruk...
Mana yang btul dan mane yang salah...
kita tak boleh terima bulat2 je...
Kita kena kaji....

This post is a good artikel kerana kita perlu mengkaji apa jua yang kita baca....

It just satu pandangan yang kerdil...
Jemputlah ke blog saya...
http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com

areev19 said...

Terima kasih kepada semua yang memberi komen ikhlas :)

hans said...

aku rajin jer baca surat khabar
ko kena faham...
berita harian n kosmo tu akhbar tabloid
so memang tajuk utama dia macam tu
kalau berita harian lebih baguys
utusan muka depan more to politic
tapi aku suka baca

areev19 said...

hans :
Yea, aku mmg teramat paham metro, bharian, etc tuh tabloid. Tp fikir2kanlah impaknya tajuk2 akhbar camtu terhadap masyarakat. Memang hal ni dah lama, tapi sampai bila? Selagi masyarakat dihidangkan berita2 luchah mcm tuh la, semakin teruk akhlak orang ramai.

Berita unsur luchah kononnya nk menyedarkan? Betulkah menyedarkan? Rasanya lebih mendedahkan apa yang orang tak tahu dan tak patut tahu, kepada menjadi tahu, dan ingin mengambil tahu. Perlu kah?

Utusan? taknak komen lah, fikir2kan sendiri jer. Zaman sekarang ramai yang dah bijak pandai untuk menilai baik dan buruk. =)

khaulah said...

metro mmg slalu taruk yg hit2

isyhh, x suke btol porno2 nih taruk muke depn paper!!!

tpi nk wat cane itu realiti kehidupn

hans said...

biasalah tu
nak hidup maaa
manusia dkt malaysia suka baca benda2 cam tu
itu yg jadi hot news tu

Unknown said...

tgok metro memang ler....beli ler utusan ker....berita harian ker.....kikiki

faizalnizam said...

metro. memang tak buleh blah bro..
jadi pendapat gua la bro.. kalo dr aspek "locality" kalau kita nak tau sesuatu fact tu precise ke tak.. elok kita baca semua akhbar dr akhbar arus perdana sampai la ke akhbar2 politik laen macam harakah, keadilan dan seumpanya dengannya la..

dari situ.. slh satu cara kita nak nilai berita tu tepat ke tak - ini cuma kalo berita tu berita politik.. :)

peace no war dude

Zikri Husaini said...

baca jugak..tapi sekadar percaya dengan tak percaya..... masalahnya kita tahu ...yang tak tahu , contoh orang kampung , diaorang tipu... haish ...

aida said...

samela x suke sangat bace paper

SDAF pictures said...

aku suka penulis ni, ada sentuhan "komunikatif" & tidak provokatif. Aku berharap sebaiknya penulis ni buat blog berita yang sesedap rasa (semua suka baca), bukan sesuka hati (semua jadi benci. Selamat berwarta!

wassalaaam...

areev19 said...

tq mat salleh di atas comment membina :)

tuan director said...

aku surf internet ja nak tau brita

sabree hussin said...

aku tak suka baca surat khabar.. ops tak suke beli sebab dah bayar bil broadband. Baca dekat internet je

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile