Monday, February 1, 2010

Chelsea menang, Arsenal tewas


Semalam (31 Januari 2010) merupakan hari yang paling tak menggembirakan buat pengokong pasukan Arsenal sebab ditewaskan Manchester United 3-1. Walaupun sekolah sukan Arsenal lebih banyak mempunyai peluang menjaringkan gol, namun kesempatan yang ada disusuli dengan finishing yang hampeh manakala pasukan setan merah pulak cuma perlu counterattack dan sedikit luck utk menjaringkan gol. 

Rooney meraikan gol




Abaikan pasal Sekolah Sukan Arsenal dgn Setan Merah, sebab blog nie pnyokong kuat Chelsea FC, hahahaha. Walaupun sebelum bermula perlawanan hari Sabtu yang lalu Chelsea dikejutkan dengan berita skandal John Terry, namun itu tidak menghalang Kapten Chelsea tersebut untuk menjaringkan gol kemenangan Chelsea ke atas Burnley sekali gus menjadi tajuk utama berita sukan pada hari Sabtu! 

Chelsea menang 2-1 hasil jaringan counterattack oleh Nicolas Anelka pada minit ke-27 dan tandukan hebat oleh John Terry pada minit ke-82. Gol Burnley pula dijaringkan oleh Fletcher pada minit ke-49.

Syabas Kapten!

Siapa kata Chelsea akan drop points dalam bulan Januari? Kami menang semua 5 perlawanan dan menjaringkan 19 gol manakala bolos 5! We'll keep the blue flag flying high!

4 comments :

Azwin Yusof said...

hahahaha..agak lawak entry ini..

areev19 said...

lawak nape lak? :D

kulop ludin said...

masih terasa bagai ditusok2 selimbo atas kekalahan arsenal..
rasa nak bagi tapak kaki jea...

sia2 merah bijik mata menahan ngantuk!!

areev19 said...

kulop ludin :
hehehe..arsenal xde luck kmaren..
eden pon sokong arsenal gak kemaren..ehehe

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan