Thursday 21 January 2010

Review Old Dogs


Sipnosis Ringkas :
OLD DOGS mengisahkan tentang 2 sahabat karib dan rakan kongsi perniagaan, Charlie (John Travolta) dan Dan (Robin Williams). 7 tahun sebelum ini, Dan pernah bercerai dan mengalami tekanan perasaan, dan demi menggembirakan kembali rakan karibnya, Charlie telah mengajak Dan pergi bercuti di mana akhirnya Dan telah menemui jodoh untuk berkahwin sekali lagi semasa percutian tersebut. Tapi perkahwinan tersebut tidak kekal kerana mereka bercerai tidak lama selepas itu.

Kini selepas 7 tahun, Dan kembali menghubungi bekas isterinya itu, Vicki (Kelly Preston) yang akhirnya mengetahui bahawa mereka mempunyai anak kembar. Dalam kejadian yang tidak diingini, Vicki terpaksa meminta pertolongan Dan untuk menjaga kedua-dua mereka kerana Vicki perlu menjalani hukuman penjara selama 2 minggu akibat terlibat sebagai aktivis. Kini, Dan mengharapkan bantuan Charlie untuk sama-sama menjadi penjaga anak kembar Dan dan Vicki buat sementara waktu, ketika mereka berdua sedang dalam saat penting untuk mendapatkan kontrak besar bagi syarikat mereka. Dapatkah Dan dan Charlie menjadi 'penjaga' anak kembar Dan dan Vicki yang baik?

Komen :
Jalan cerita atau konsep mungkin agak cliche dengan filem-filem sebelum ini. Namun unsur lawak yang berterusan di dalam filem ini pasti akan membuatkan anda tak bosan!


Rating :

Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 4/5
Tahap Jalan Cerita : 3/5
Tahap Logik : 3/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 3/5
Tahap Lawak : 5/5
Tahap G-Wunk : 2/5
Tahap Sedih : 0/5

Keseluruhan : 4/5

Info :

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile