Sunday 17 January 2010

Cinta 3 Musim


Salamx...

Siapa yang pernah menonton filem trilogy Cinta 3 Musim? Filem ni merupakan antara filem terawal yang hanya dijual dalam bentuk VCD, ianya tidak ditayangkan di pawagam langsung! Dan yang lebih menarik, trilogy Cinta 3 Musim ini merupakan karya pengarah hebat dan terkenal iaitu Aziz M. Osman.



Aku ingat lagi, trilogy Cinta 3 Musim ni dilancarkan pada tahun 2003 secara berperingkat, iaitu bermula dengan Musim Pertama, Musim Kedua, dan yang terakhir Musim Ketiga. Pelakon utamanya ialah Aqasha dan Amy Mastura.

Cinta 3 Musim ni mengisahkan tentang hubungan cinta Ayuni (Amy Mastura) dan Imran (Aqasha) yang melalui pelbagai onak dan duri (perghh) sebelum akhirnya takdir menentukan mereka bersama jua walaupun beberapa kali terpisah kerana halangan yang tak dapat dielakkan.

Tajuk Cinta 3 Musim sendiri mewakili Cinta Ayuni dan Imran yang umpama musim, datang dan pergi untuk waktu yang singkat. Aku pun dah tak ingat dengan detail pasal sipnosis ketiga-tiga musim bagi trilogy ni, tapi rasanya ia tak lah rugi untuk ditonton. Seingat aku, aku boleh bagi rating 4/5!

Antara yang menarik perhatian aku tentang trilogy ni ialah lagu tema nye, iaitu lagu bertajuk Tiada Ragu, nyanyian duet oleh Amy Mastura dan Aqasha. Memang best lah lagu ni bagi aku! Lirik dan melodi yang berjaya menimbulkan mood gwunk untuk filem ni. 

Sesiapa yang berminat dengan cerita atau filem berunsurkan percintaan, apa kata tengok dulu trilogy filem ni..Jauh lebih berbaloi dari menonton Sinetron2 kat tv yang melampau2 auta, mengarut dan stereotype nye itu..

Rasanya TV pun pernah tayang banyak kali dah trilogy ni, dan kat kedai2 CD tak tahulah kalau masih ada yang menjualnya. Apa-apa pun, aku rasa mcm nak tengok balik trilogy ni, jom tgk sama2! =)

8 comments :

Sara aisha said...

dulu2, sy minat giler citer ni...siap ade sume CD die.....hehe

areev19 said...

besh kan? ;)

unpredictable said...

wah.. saya saw this movie about 2003-2004. semasa masih di Malay (FYI i'm indonesian) sayangnya VCD nya hilang.. >_<

3 edisi pula tuh.. ada sesape yg nak send me tak.. **kiding**

sgt teringin nak tgk said...

salam..i love that story very much..tapi sayg till now masih x dpt tgk musim ke3.....

Unknown said...

sape cd nk beli blh x..plizzzz

Unknown said...

ade ker...jual kat sy blh x...ny no sy 0133071178

Unknown said...

bos ada x cd cinta 3 musim full lau ade jual blh x

Syafiq said...

Ad lg x cter

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile