Friday 25 December 2009

Review Avatar & Sherlock Holmes

Salamx..Tora datang lagi...eh, tak tak tak..utk post kali ni, aku nk wat sdikit review mngenai 2 filem yg baru aku tgk beberapa hari yg lalu.. :)

AVATAR



AVATAR mengisahkan tentang Jake Sully, seorang bekas Tentera Laut yang lumpuh pada bahagian kaki hingga ke bawah telah diminta bagi menggantikan abang kembarnya yang telah mati terbunuh dalam suatu kejadian. Menggantikan abangnya? Yeah, abang kembar Jake Sully terlibat dalam program 'AVATAR' yang mana suatu jasad makhluk asing (Puak Na'vi) yang dipanggil AVATAR telah direka menggunakan kombinasi DNA manusia dan makhluk asing. Avatar tersebut seterusnya digunakan bagi menggantikan manusia (ala2 cite SURROGATES) untuk berhubung dan memasuki Dunia Puak Na'vi di Planet Pandora.

Kenapa Planet Pandora? Sebabnya, mengikut latar filem ini, iaitu pada abad ke-22, manusia telah meneroka ke Planet Pandora ini untuk mendapatkan sumber mentah bernama Unobtainium yang sangat mahal dan bernilai. Jake Sully telah dijanjikan 'kaki yang baru' jika berjaya menyelesaikan misinya di Pandora. Misi Jake Sully ialah untuk memujuk puak Na'vi keluar dan berpindah dari tempat tinggal mereka sekarang, kerana manusia dari Bumi mendapati di bawah tempat tinggal puak Na'vi terletaknya sumber Unobtainium yang sangat banyak. Namun, Jake akhirnya jatuh cinta dengan Neytiri, seorang puteri puak Na'vi. Adakah Puak Na'vi akan beredar dari tempat tinggal mereka? Atau akan bermula nya peperangan antara manusia dari Bumi dan Puak Na'vi dari Pandora? Siapakah yang akan disebelahi oleh Jake Sully? Untuk mengetahuinya, sila tonton di pawagam berdekatan anda!

Komen :
Teknologi CGI yang digunakan dalam filem ini betul2 akan mengagumkan sesiapa sahaja yang menontonnya. Suasana planet Pandora yang ditonjolkan seolah2 ia benar2 wujud, terima kasih kepada teknologi terkini yang digunakan. Jalan cerita juga tidak membosankan, walaupun berdurasi selama 161 minit. Memang filem TERBAIK bagi tahun 2009!

Rating :

Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 5/5
Tahap Jalan Cerita : 5/5
Tahap Logik : 2/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 5/5 (Aku nk tgk 3D punye plak!)
Tahap G-Wunk : 3.5/5
Tahap Sedih : 4/5

Keseluruhan : 5/5

Sumber :

Sherlock Holmes

Siapa yang tak pernah dengar nama Sherlock Holmes? Beliau merupakan suatu watak detektif yang dicipta oleh penulis Sir Arthur Conan Doyle. Filem ini mengisahkan tentang penyiasatan Sherlock Holmes yang dibantu rakan karibnya, Dr. John Watson terhadap Lord Henry Blackwood. Di awal filem, ditunjukkan bagaimana Blackwood yang mengamalkan ilmu sihir hampir membunuh seorang lagi gadis namun berjaya dihalang Holmes dan Watson. Blackwood akhirnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung. Namun, tidak lama selepas hukuman gantung berlaku dan selepas Blackwood ditanam, tiba2 muncul berita bahawa Blackwood telah 'bangkit' dari kematiannya dan kembali menimbulkan ketakutan orang ramai akibat daripada amalan sihir yang diamalkan Blackwood dan pengikut2nya.

Keadaan menjadi huru-hara kerana Blackwood yang mengamalkan sihir telah hidup semula! Blackwood sebelum dijatuhkan hukuman gantung telah memberi amaran kepada Sherlock Holmes bahawa 3 lagi org akan mati dan Holmes takkan dapat menghalang ia daripada berlaku. Kejadian2 seterusnya yang berlaku agak misteri menunjukkan kekuasaan 'ilmu sihir' Blackwood terhadap orang yg cuba menghalang niatnya untuk menakluki dunia!

Dapatkah Sherlock Holmes menyelesaikan misteri ilmu sihir tersebut? Dapatkan Holmes menyelamatkan mangsa2 yang lain dan menewaskan ilmu sihir Blackwood? Sila tonton di pawagam berdekatan anda untuk mengetahuinya!

Komen :
Dah lama rasanya tak ada filem pasal penyiasatan ni. Terakhir sekali yang aku tgk ialah Angels and Demons. Jadi sesiapa yang mmg suka menonton @ membaca siri penyiasatan contohnya Kindaichi & Detective Conan, anda digalakkan menonton filem ini! Tak rugi la!

Rating :

Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 4/5
Tahap Jalan Cerita : 5/5
Tahap Logik : 4.5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 3.5/5
Tahap G-Wunk : 3/5
Tahap Sedih : 1/5

Keseluruhan : 4.5/5

Sumber :

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile