Wednesday 14 October 2009

Projek My Organic Kitchen Garden


Alhamdulillah...

Akhirnya setelah bertungkus-lumus dan berpenat lelah selama 10 minggu, Projek My Organic Kitchen Garden yang dijayakan oleh saya dan ahli kumpulan saya telah membuahkan hasil.

Pagi tadi (14 Oktober 2009) kami selesai membentangkan hasil kerja kami di dalam kelas. Pembentangan melibatkan penggunaan Slides dan Video Presentation.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah motif kami menjayakan projek ini. Walaupun pada mulanya saya sendiri berasa sangat 'berat' untuk memulakan projek ini dan berasa sedikit 'menyesal' kerana mendaftar subjek ini pada semester ini, namun sedikit demi sedikit rasa 'sesal' itu berganti dengan rasa 'puas'. Hal ini kerana minggu demi minggu saya dan ahli kumpulan berusaha menjayakan projek ini bermula dengan sebuah tapak kosong sehinggalah sehingga ianya menampakkan 'rupa' sebenar apa yang dimaksudkan dengan 'Organic Kitchen Garden'.

Ianya merupakan sejenis kebun organik yang mana kami tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang bukan organik dalam menjayakan projek kebun ini. Bahan-bahan tambahan yang digunakan seperti kayu dan sebagainya pula kebanyakannya menggunakan bahan terpakai dan yang boleh dikitar semula. Perbelanjaan yang digunakan pula tidaklah begitu besar bagi menjayakan projek ini. Anda juga boleh melakukannya di rumah sendiri, dan memang itulah antara tujuan projek ini dijayakan, iaitu untuk menggalakkan dan memperkenalkan konsep 'My Organic Kitchen Garden' sebagai salah satu langkah ke arah pembangunan mapan.


Kitchen Garden

Taman Kebun Dapur atau lebih dikenali sebagai Kitchen Garden merupakan sebuah taman yang produktif serta mampu memberikan hasil. Ia ditanami tumbuhan yang boleh digunakan untuk keperluan masakan.

Tumbuh-tumbuhan di dalam sesebuah taman dapur ini boleh terdiri daripada gabungan spesies rempah-ratus, herba, ulam-ulaman, sayur-sayuran ataupun bunga-bungaan. Gabungan spesies ini pula diolah, diatur dengan sentuhan rekabentuk yang menarik. Kehadiran taman atau kebun dapur selalunya membantu mereka yang bertugas di dapur memperolehi sebahagian daripada keperluan atau 'aksesori' bahan masakan dengan mudah.

Konsep-konsep utama :
1. Untuk menjana ekonomi persendirian
2. Mengindahkan lanskap, mempunyai nilai estetika
3. Membantu mengurangkan pencemaran dan pemanasan global
4. Pengurusan tanah dengan bijak
5. Menghijaukan bumi

Matlamat projek :
Untuk memperkenalkan satu program yang bermanfaat yang mampu menimbulkan kesedaran terhadap pentingnya penjanaan ekonomi persendirian disamping menjana kepentingan alam sekitar.

Pelan Tapak Projek :


Perkembangan Mingguan :








Anda boleh melihat perkembangan projek ini melalui video di bawah :


Setinggi-tinggi perhargaan saya dan ahli kumpulan saya ucapkan kepada
Dr. Amran, selaku penasihat dan pensyarah bagi subjek SFES 3212 :
Falsafah Pembangunan, Prof. Dr. Zanariah, Ketua Jabatan Kimia yang
telah memberi kebenaran bagi kami menggunakan ruangan di Dataran
Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya, kepada ibu bapa kami yang
sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar,dan tidak lupa kepada
rakan-rakan yang banyak memberi respons kepada projek kami ini,
serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan projek ini.
Sekian, terima kasih.

***Di sini saya sediakan link untuk anda mendownload Slides presentation
kami. Sebarang pertanyaan sila maklumkan kepada saya di laman
Facebook saya atau di blog ini.


Hak Cipta Terpelihara Areev19 2009 ©

2 comments :

mint heartnet said...

owh...finally tau jugak aku milik sape garden kat blakang jabatan kimia tuh..

areev19 said...

loh..baru kamu tau.. =)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile