Sunday 5 July 2009

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

salamx...

trima kasih kpd smua pelawat yg melayari blog ini..

pada 2hb Julai 2009 yg lalu, aku dan 3 org rakan yg sama2 mnjalani latihan industri di Hospital Taiping telah mmbuat group presentation mengenai tajuk Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) kpd Staff2 dan Pelajar2 lain dari Jabatan Patologi, Hospital Taiping.. Kmpulan aku terdiri drpd aku (Bioteknologi-UM), Lim Wen Siew (Bioperubatan-UKM), Nur Syuhada Mustafa Yusof (Mikrobiologi-UM), dan Husna Mohd Zaini (Genetik-UKM)..

okla...ape itu Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)?? mungkin ramai yg sudah tahu, dan ramai juga yg belum tahu ttg penyakit ini..pnyakit ni lebih banyk dihidapi kaum wanita, atau nisbah 9:1 kepada lelaki..berikut ialah potongan2 artikel yg aku copy n paste dari beberape website..




Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Lupus bermaksud serigala dalam bahasa Latin manakala Erythermatosus bermaksud ruam merah dalam bahasa Greek..

SLE merupakan sejenis penyakit autoimun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyak..

Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan.

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Secara teori ia mengaitkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian.

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan,tetapi mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap penyakit ini.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

***artikel dipetik daripada :

http://hspben.moh.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=79&Itemid=25
http://library.utem.edu.my/akhbar/health/2005/2005022025(0)mm.htm
http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/SYSTEMIC_LUPUS_ERYTHEMATOSUS

utk tahu lebih lanjut..anda boleh download Slides Powerpoint yg kumpulan kami sediakan utk group presentation kelmarin melalui link di bawah..ianya telah diconvertkan kpd format PDF..

Download Slides SLE (pdf)

anda juga boleh download Pamphlet mengenai SLE yg dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi link di bawah..

Download Pamphlet SLE KKM


***Credit kpd Muhamad Arif Aizat Bin Abdul Wahab, Lim Wen Siew, Nur Syuhada Bt. Mustafa Yusof, Husna Bt. Mohd Zaini utk slides SLE..

***anda dibenarkan menggunakan slides kami untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, tapi sila maklumkan atau berikan credit kpd kami berempat.. :)

***kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam pencarian maklumat dan menyiapkan slides..terutamanya kepada staff2 Jabatan Patologi, Hospital Taiping.. :)

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile