Monday, March 9, 2009

Isu PPSMI

salamx kpd smua pmbaca2 yg sudi melayari blog aku..

utk post kali nie, aku ingin berbicara sdikit ttg isu yg agak panas pd ketika ini..PPSMI..apakah itu PPSMI?? PPSMI adalah singkatan utk Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris..pada pndapat aku..ppsmi mmg bagus..tp cube renung2kan..



kalo betul nk mantapkan bahasa inggeris, mantapkan saja cara pengajaran dan pembelajaran b. inggeris di skolah, tumpukan bebetul cara pengajaran, silibus dan penilaian b. inggeris oleh cikgu2...kaji balik mcm mana nk mantapkan b. inggeris di pringkat skolah..xperlu diganggu subjek sains dan matematik..ianya cuma menambahkan lg beban thadap cikgu2 sains dan matematik yg jd bingung nk mngajar dlm bahasa inggeris..malah mnggalakkan cikgu2 tersebut mnggunakan bahasa rojak smasa mngajar..

sains dan matematik adalah subjek ilmu yg memerlukan pemahaman yg tinggi, oleh itu ianya perlu diajarkan dalam bahasa ibunda itu sndiri bagi memudahkan pemahaman pelajar terutamanya di peringkat sekolah yg baru nk mengenal apa itu sains, apa itu matematik..

bukan nya dibebankan pelajar itu sndiri dgn '2 in 1' iaitu bljar dan memahami sains dn matematik smbil terkial2 mnggunakan b. inggeris..
kalau bahasa inggeris blum dpt dikuasai, mcm mana nk mudah memahami sains dan matematik di dlm b. inggeris, walaupun cuma melibatkan teori2 yg mudah?? apabila bahasa asing digunakan, pelajar akan terbiasa 'menghafal' dari memahami kandungan ilmu itu sndiri..anda tak percaya??

situasi ini berbeza jika di universiti, memang betul mahasiswa yg dah biasa blajar dlm bahasa ibunda akan terkial2 bila tiba2 blajar dlm bahasa inggeris, tp pada tahap mahasiswa, rasanya tidak sukar utk mereka beradaptasi dlm situasi spt itu, krana mereka tlah memahami asas yg kukuh dlm sains dan matematik, cuma perlu men'translate'kan sahaja perkataan2 yg mereka tidak biasa..

UNESCO sndiri mnyatakan bhw bahasa ibunda adalah bahasa terbaik utk belajar subjek kritikal spt sains dan matematik..

mengikut kajian oleh UNESCO :

"...when learning is a goal, including that of learning a second language, the child's first language (i.e. his or her mother tongue) should be used as the medium of instruction in the early years of schooling.

"The first language is essential for the initial teaching of reading, and for comprehension of subject matter. It is the necessary foundation for the cognitive development upon which acquisition of the second language is based.

kajian sndiri da mmbuktikan yg kualiti pncapaian sains dn matematik di malaysia agak merosot walaupun % lulus di pringkat upsr dan pmr meningkat..adakah sbb silibus dkurangkan?? adakah sbb graf markah utk lulus dikurangkan?? anda fikirkan sndiri..

boleh rujuk kat sini (Kaji selidik akademik) :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_
Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris

tentu ada sebab2 knapa ramai pihak membantah pelaksanaan ppsmi ini, bahkan ramai cendekiawan2 negara turut mmbantah krana kesan ppsmi thadap plajar..sasterawan negara Datuk A. Samad Said pon bantah..tentu ada rasionalnya, mereka lebih arif dan lebih berpengalaman dlm sjarah memartabatkan penggunaan bahasa ibunda..hal ini bukan hal politik, tp mlibatkan rakyat tnpa mngira parti..siapa yg mencetuskan kembali isu ini?? adakah parti politik?? tidak!! ianya dcetuskan kmbali oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad..dan disokong oleh GAPENA..

YB Khairy Jamaluddin pun bantah. jd xda isu ianya mlibatkan parti politik, tp melibatkan masa depan rakyat sndiri..

hurmm...apa2 pun semuanya terletak di tangan anda sendiri utk memikirkannya..mngkin rata2 mahasiswa menyokong pelaksanaan ppsmi kerana kononnya anda memahami dn mengetahui pentingnya ppsmi kpd plajar, terutamanya melalui pengalaman anda sndiri..
tp fikirkan juga apa impak2nya dari sudut yg berbeza atau "Gestalt Switch"..

jd renung2kan, slamat beramal, dan anda fikir2kan lah sndiri..


ps: saya suka Bahasa Inggeris, saya juga sayangkan Bahasa Malaysia..


sedikit info tambahan :

http://temanpetunjuk.blogspot.com/2009/03/memorandum-gmp-kepada-yang-di-pertuan.html

http://nabilzul.blogspot.com/2009/03/di-celah-celah-kezaliman-fru-demo-anti.html

http://izzuddinhilmi.blogspot.com/2009/03/himpunan-rakyat-sekeping-gambar.html

10 comments :

nurikhmal said...

saya berasal daripada kampung yg secara keseluruhannya berlatar belakangkan orang melayu...tiada seorang pun yg sesekali berbual dalam bahasa eng samada yg kecil,muda ataupun orang tua..boleh dikatakan pendedahan dalam bhs eng di tempat kelahiran sy seperti boleh diabaikan..

saya punyai adik yang baru sahaja memasuki tingkatan satu..dia mengadu kpd sy yg dia susah nak bawa dua subjek ni semasa disekolah rendah...mmg dia lemah disebabkan kurangnya pendedahan terhadap eng...UPSR dia tak terlalu baik...

alhamdulillah bila dia masuk ke tingkatan satu, dia sudah mula dapat mengadaptasikan sedikit demi sedikit pembelajaran sains dan matematik dalam bhs eng..ini adalah kesan daripada kesusahan yg dia alami semenjak belajar pada peringkat sekolah rendah..sekiranya ini terus dibawa sampai ke tingkatan lima dan seterusnya di peringkat IPTA nanti tidak akan menjadi masalah..

tidak seperti sy yg bermediumkan pembelajaran bahasa melayu untuk subjek sains dan matematik..apabila memasuki alam pra universiti..sy terkial2 dan bingung..sy agak tak setuju ape yg diperkatakan di bawah ini

''situasi ini berbeza jika di universiti, memang betul mahasiswa yg dah biasa blajar dlm bahasa ibunda akan terkial2 bila tiba2 blajar dlm bahasa inggeris, tp pada tahap mahasiswa, rasanya tidak sukar utk mereka beradaptasi dlm situasi spt itu, krana mereka tlah memahami asas yg kukuh dlm sains dan matematik, cuma perlu men'translate'kan sahaja perkataan2 yg mereka tidak biasa..''

pernyataan diatas mungkin hanya berpihak pada pelajar yg biasa dengan eng (pelajar di bandar)..tidak seperti pelajar diluar bandar.walaupun subjek bahsa eng tu sendiri wujud, namun mereka tak dapat nak adaptasikan dengan sempurna di luar kelas..lainlah di dalam kelas memang hanya fokuskan eng sekiranya kelas tu kelas eng..\

yang menjadi mangsa sememangnya pelajar dari bandar yg dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang sains khususnya..mereka memerlukan masa yg lame untuk membiasakan diri dengan susana pembelajaran yg berbeza..bg pelajar yg mungkin excellent dalam eng, memang tiada masalah.

sistem PPMSI sekiranya tak dimulakan daripada peringkat sekolah rendah, yg menjadi mangsa adalah pelajar luar bandar yang dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yg lebih tgg dalam bidang sains dan teknologi..bukan sesenang apa yg disangka oleh saudara..walaupun mempunyai asas sains yg kukuh semasa di peringkat sekolah menengah..namun begitu, bukankah tahap pembelajaran di pra universiti dan IPTA amat berbeza dan setiap hari belajar topik baru..sekiranya daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah sudah dibiasakan dengan bhs melayu, adakah pelajar itu dengan mudahnya memahami pembelajaran ataupun teori sesuatu subjek itu dalam bhs eng diperingkat matrikulasi dan IPTA..ia mengambil masa yg lama untuk membiasakannya..

apa yg sy katakan ini adalah berpihak kepada pelajar luar bandar yg berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang sains ke peringkat IPTA...

kenapa tiada demonstrasi jalanan yg menyuarakan untuk memansuhkan PPMSI di peringkat IPTA? kenapa tiada yg menyuarakan subjek bahasa eng tu tidak dapat membentuk pelajar yg mahir dalam berbahsa eng? terutamanya orang melayu..kenapa tiada yg sanggup memberi idea untuk memperbaiki sistem pembelajaran subjek bahasa eng itu sendiri? adakah mereka beranggapan subjek eng yg sedia ada sudah cukup efektif untuk pelajar luar bandar? adakah tiada yg sedar pelajar melayu di luar bandar itu masih lemah dalam penguasaan bhs eng?.....

untuk menguasai sesuatu bahasa asing ini memerlukan latihan yg berterusan ataupun yg lebih praktikal...bagaimana sekiranya majoriti pelajar disekolah itu adalah melayu..mereka pasti ingin menggunakan bahasa ibunda mereka kerana lebih selesa..tak kiralah apa langkah sekalipun yg pihak sekolah lakukan untuk memantapkan bahasa eng para pelajar...minggu bahasa english lah itu lah inilah...namun sekiranya pelajar disekolah itu majoritinya adalah pelajar melayu, usaha pihak sekolah mungkin tidak terlalu berhasil..situasi ini lebih tepat digambarkan di kawasan sekolah luar bandar..walaubagaimanapun,usaha seperti itu patut diteruskan.

bukankah dengan terlaksananya PPMSI ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengembangkan pengetahuan perbendaharaan dan kemahiran secara lisan dan oral eng?...sekurang2nya mereka terpaksa belajar dalam bhs eng dan ia nampak lebih praktikal kerana sains adalah mengenai perkara disekeliling kita...

sudah berapa lama subjek english ni wujud yg kononnya tiada masalah. lihat sahaja kebanyakan orang melayu..terutama dari luar bandar..mereka juga mempelajari subject eng sama seperti pelajar di bandar..tapi pelajar luar bandar ini kurang pendedahan..sekiranya PPMSI dilumpuhkan, mungkin langsung tiada pendedahan..

saya memberi pendapat bukan kerana dipengaruhi oleh media masa yg hanya berpihak pada sebelah pihak sahaja... tetapi sy berfikir tentang nasib anak-anak luar bandar yg kurang pendedahan...

areev19 said...

terima kasih di atas komen saudara..

seperti yg saya perkatakan sebelumnya, mahasiswa rata2 setuju dgn pelaksanaan ppsmi berdasarkan pandangan mereka yg berdasarkan pengalaman masing2.

saudara sendiri mengakui bahawa pelaksanaan ppsmi di sekolah rendah membebankan pelajar kerana "2 in 1" yg saya perkatakan dlm post sblum ini. sebenarnya hal seperti inilah yg menjadi perhatian oleh pihak2 tertentu tentang kemerosotan pemahaman pelajar di peringkat awal pembelajaran iaitu di sekolah rendah. kekurangan pemahaman subjek sains dan matematik di peringkat awal inilah yg menjadi isu..

mungkin bagi keadaan adik saudara, beliau dapat beradaptasi dengan baik sdikit dmi sdikit stelah memasuki sekolah menengah hasil usaha beliau.. tapi bagaimana pula dengan pelajar2 lain yg terus berputus asa dengan ppsmi ini?? bagaimana pula peranan guru2 dlm ppsmi ini?? adakah mereka perlu mengiakan sahaja kegagalan pelajar menguasai ilmu sains dan matematik di peringkat awal, kerana yakin pelajar2 ini akan beradaptasi dengan baik di sekolah menengah??

hal2 ini sbnarnya menjadi perhatian oleh golongan2 yg terlibat dlm pendidikan sndiri. kedua2 org tua saya merupakan org yg berpengalaman dan terlibat dlm bidang pendidikan, khususnya di luar bandar yg majoritinya menggunakan bahasa ibunda sbg bhasa pengantar.. kalau sebelum ini pengajaran dlm bahasa ibunda pun mereka tidak dpt memahami dengan baik, inikan pula dlm bahasa inggeris?? guru2 terutamanya di luar bandar bingung nk mengajar anak2 murid mereka..
anda sendiri tentu paham tentang situasi ini. saya telah pun menerangkannya di dalam post sbelum ini.

yg menjadi isu dlm hal ini ialah penggunaan bahasa inggeris dlm pengajaran sains dan matematik. seperti yg saudara katakan, pentingnya ppsmi di peringkat awal utk kemudahan nanti ketika di universiti.saudara juga berkata pelajar yg excellent dlm bahasa inggeris tidak mmpunyai masalah utk beradaptasi ketika di universiti. jadi ternyata di sini apa yang penting ialah penguasaan bahasa inggeris itu sendiri, khususnya daripada peringkat awal persekolahan.

seperti yg saya nyatakan dlm post sebelum ini, kalau penguasaan bahasa inggeris yg ingin dimantapkan, kaji sahaja semula cara pelaksanaan pengajaran subjek bahasa inggeris di sekolah, cuba kaedah baru utk memantapkan bahasa inggeris di sekolah. mungkin boleh ditambah waktu p&p yg memfokuskan bahasa inggeris di sekolah. yg pentingkan mantapkan dahulu penguasaan bahasa inggeris di peringkat sekolah, tidak perlu diganggu subjek sains dan matematik, kerana keduanya adalah subjek ilmu yg memerlukan pemahaman, khususnya di peringkat awal. yg penting ialah pemahaman pelajar terhadap subjek sains dan matematik itu sendiri.

jika bahasa inggeris sudah dimantapkan di peringkat sekolah, rasanya tiada masalah utk pelajar beradaptasi ke bahasa inggeris yg menjadi bahasa perantaraan ketika di universiti, khususnya dlm bidang sains..

kita perlu paham, adakah semua pelajar sekolah yg akan memasuki universiti akan menceburi bidang sains sahaja?? tidak!!
terdapat bnyk bidang yg terdapat di universiti, contohnya akademi pengajian melayu dan sastera. adakah mereka perlu berhempas pulas utk memahami sains dan matematik di sekolah dlm bahasa inggeris, tp akhirnya mereka memilih haluan yg langsung tiada menggunakan ilmu sains dan matematik ketika di universiti??
sebab itu apa yg penting pada peringkat sekolah ialah PEMAHAMAN subjek sains dan matematik itu sendiri. PENGUASAAN bahasa inggeris adalah satu perkara yg berbeza. jadi tak mustahil ianya mmg perlu dimantapkan dan difokuskan pembelajarannya di peringkat sekolah kerana ianya penting dan berguna kepada semua orang.

seperti kata saudara, skolah diluar bandar, walau apa jua usaha skolah utk menggalakkan penggunaan bahasa inggeris tidak diambil endah oleh pelajar..mmg benar, sbb itu saya katakan adalah lebih baik p&p bahasa inggeris di perngkat sekolah dikaji smula utk ditambahbaikan..apakah kesilapan yg perlu ditangani demi memupuk budaya dan kepentingan bahasa inggeris itu sndiri. bukan dengan menambah beban pelajar yg sukar nk memahami sains dan matematik walaupun diajar dlm bahasa ibunda, inikan pula dlm bahasa inggeris..


kesimpulan yg dpt saya simpulkan,

1. kaji semula kaedah p&p bahasa
inggeris di peringkat sekolah demi memantapkan subjek tersebut di peringkat sekolah kalau penguasaan bahasa inggeris yg menjadi isu utama dlm hal ini.
hal ini seterusnya dpt menyediakan pelajar2 apabila memasuki alam universiti.

2. subjek sains dan matematik perlu diajar dlm bhs ibunda demi memudahkan pemahaman pelajar di peringkat sekolah.

bak kata salah seorang blogger, apa yg penting ialah ILMUnya, bukan BAHASAnya..jadi apa yg penting ialah pemahaman ILMU SAINS DAN MATEMATIK ITU SENDIRI, bukan dengan dlm bahasa apa ianya diajar..

sekian..

topio said...

bagi saya,isu ini tidaklah begitu byk reflect kpd kebanyakkan student primary school..."budak2 zaman sekarang nie kn pandai2";memetik kata2 sahabat rapat sy...mungkin stdnt luar bandar akan merasai impak dari perlaksanaan proses pembelajaran ini...kurangnya pendedahan dan peggunaan bahasa eng di kalangan pelajar luar bandar merumitkn lagi hal ini...akan tetapi tidaklah logik jika sekolah luar bandar diberikan pengecualian pengajaran dalam b.i...biarlah program ini diselaraskn demi kebaikan bersama...

tapi student bandar mungkin sudah biasa dgn b.i sbb parents dh start anta anak2 pi tuisyen b.i seawal usia 4 tahun...beberapa kenalan keluarga saya sudah pn mendedahkn anak2 mereka dgn perkara di atas...sesetengah pusat tuisyen cilik ini menjanjikn pulangan wang ringgit sekiranya anak2 client tidak menunjukkn peningkatan...

mungkin mereka akan terasa sedikit susah pada peringkat awal pembelajaran...terms dan words baru terpaksa ditelan oleh sekalian mereka...tp kerajaan memandang ini sebagai langkah memantapkn lagi kualiti pelajar,bermula dr skolah rendah...jadi apabila di peringkat lebih tinggi mereka mudah biasa dgn suasana pembelajaran b.i kelak...

kelebihan cara pembelajaran ini ternyata akan dimiliki oleh kaum bukan melayu...perkara ini mungkin tidak begitu jelas di peringkat "super high school"(uni),tp di sekolah menengah ternyata pelajar bkn melayu lebih gah dlm subjek b.i dan e.s.t...sememangnya perkara ini boleh menjadi pemangkin kpd pelajar melayu utk meningkatkn lg kualiti mereka dlm subjek berkenaan...

di universiti,sesetengah lctrr mlayu menggunakn bahasa rojak buah,campur,mee dan sbg nyer...sy sbg stdnt yg b.i sgt2 xterer,menerima cara mereka dgn hati yg riang...tp bagaimana dgn stdnt foreigner yg lain?bagaimana mereka menilai kualiti institiusi pengajian tinggi negara ini?adakah semata-mata utk "org kita",kita terpaksa pejam sebelah mata mengenai perkara ini?saya tidak memihak kepada mana pihak dlm situasi ini tp sama2 lah kita fikirkn...

jd sy tidaklah membantah keras dlm perlaksanaan pengajaran dlm bahsa eng dan juga tidak menyokong keras(????)...akan tetapi isu ini masih belum lemau dan pandangan serta kepentingan pelbagai pihak perlu diambil kira...

p/s:complete sudeh komen2 dr rmate dan juga hendaklah difahami bahawa sy bkn seorg pro kerajaan

areev19 said...

terima kasih di atas komen saudara yg seterusnya melengkapkan bicara ketiga2 ahli bilik d203..

saya bersetuju dgn pendapat saudara, dan saya akui memang pelaksanaan ppsmi ini mempunyai pro n con nya..jd tidak mustahil lah ramai yg menyokong, dan ramai juga yg membantah pelaksanaan ppsmi ini.

tp mngkin saudara sedikit tersilap paham bahawa saya lebih tujukan masalah pelaksanaan ppsmi ini kepada sekolah rendah. tidak, sebenarnya saya tujukan kepada kedua-dua peringkat persekolahan, iaitu sekolah rendah dan menengah.

mmg kelebihan pelaksanaan ppsmi ini jelas memihak kepada golongan yg tnggal di bandar seperti kata saudara. dan akhirnya hal ini smakin mnimbulkan jurang yg luas di antara golongan luar bandar dan golongan di bandar.

suka utk saya kembali mengulangi kata-kata saya bahawa pentingkah penerimaan istilah2 sains dlm bahasa inggeris utk di ajarkan kepada semua pelajar? adakah semua pelajar yg belajar sains dan matematik di sekolah akan menceburi bidang sains ketika di universiti? dan kalau penguasaan bahasa inggeris yg menjadi isu, mantapkan sahaja dan fokuskan p&p subjek bahasa inggeris di sekolah. tidak perlu diganggu subjek sains dan matematik.

akhir kata,

sekian dari warga bilik d203, kk4 um

nurikhmal said...

jap ade lagi satu..klau PPMSI ini dimansuhkan..bagaimana nasib bakal guru yg mengambil bidang pengajaran dalam sains..kebanyakan bakal guru ni sume belajar dalam medium eng..

bagaimana pula bakal2 guru terutamanya yg masih fresh ni untuk mengajar anak muridnya dalam bhs melayu pula..ini juga mengundang kesukaran terhadap guru mahupun murid itu sendiri yg sudah dibiasakan dgn PPMSI sejak terlaksananya sistem ini..

cube tanya firdaus D201 untuk mendapatkan komen yg lebih lanjut drpd beliau yg bakal menjadi seorang guru..

areev19 said...

terima kasih sekali lagi di atas respon saudara.

adakah seorang guru akan menghadapi masalah untuk mengajar dalam bahasa yang menjadi perantaraan mereka dalam kehidupan seharian? rasanya ianya menjadi lebih mudah kepada mereka ntuk menerangkan sesuatu kepada pelajar.

sebagai contoh, jika anda seorang berbangsa melayu dan menggunakan bahasa melayu di dalam kehidupan seharian anda, ketika anda berfikir tentang sesuatu perkara, adakah anda berfikir menggunakan bahasa asing ataupun bahasa ibunda anda sendiri?? anda tentunya berfikir menggunakan bahasa ibunda anda bukan? dan seterusnya jika anda mengajar dalam bahasa asing, anda perlu pula men'translate' apa yang anda fikirkan ke dalam bahasa asing tersebut. anda tidak percaya?

kalau guru2 baru yang bakal bergraduasi ini yang dijadikan isu, rasanya tiada masalah untuk guru2 baru ini mengajar dalam bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar dalam medium bahasa inggeris di universiti. ini kerana ketika mereka di sekolah dahulu, mereka masih belajar dalam medium bahasa ibunda mereka kan? bukan kah itu lebih mudah?

sekian..

nurikhmal said...

tak semudah yg saudara katakan..anda tidak berada dalam situasi yg sama seperti mereka..

anda tidak pernah menjadi seorang pengajar..sy pernah..wlapn mengajar sekolah rendah..sy diminta mengajar dlam sains sekolah rendah untuk kels tambahan..terutama penukaran istilah.dahulu dan sekarang jauh berbeza.ia amat jauh berbeza tak seperti yg saudara katakan..

areev19 said...

amat jauh berbeza dari segi apa yg saudara maksudkan?
adakah saudara mengatakan saudara menghadapi masalah menukarkan istilah BM ke English atau English ke BM??

berbalik kepada soalan saudara yg asal, bagaimana nasib bakal2 graduan dlm perguruan sekiranya ppsmi ini dimansuhkan..

kelas tambahan yg saudara maksudkan itu adakah pengajarannya dalam bahasa melayu? jika demikian, jelaslah yang kelas tambahan perlu diadakan dalam bahasa melayu untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam sains, bukankah begitu? tetapi jika penukaran istilah English ke BM yg anda maksudkan menyusahkan guru itu sendiri, rasanya sekadar menukarkan beberapa istilah tidak menjadi masalah besar kepada seorang guru berbanding perlu mengajar dan menerangkan kepada pelajar dlm English agar mereka dapat memahami apa yg diajar. Konteks yg dimaksudkan meluas, iaitu termasuk di kawasan luar bandar seperti yg saudara katakan menghadapi masalah dlm penguasaan bahasa inggeris ini.


kalau kelas tambahan yg saudara maksudkan itu pengajarannya dlm English, rasanya saudara yg mewakili bakal graduan guru akan datang ini tidak mempunyai masalah besar kerana saudara telah belajar dalam medium English ketika di Universiti.walaupun begitu adakah semua universiti mengamalkan pengajaran 100% dalam English?

pendirian saya tetap sama dan telah saya ulangi berkali-kali.

isu penguasaan bahasa inggeris tidak sepatutnya dikaitkan dengan pengajaran sains dan matematik di dalam bahasa inggeris.
pengajaran sains dan matematik perlulah dalam medium yg memudahkan pelajar memahami, kerana itu yg paling penting, bukan belajar kerana kepentingan menguasai istilah2 sains dlm bahasa inggeris.

penguasaan bahasa inggeris perlulah diterapkan melalui kaedah yg berbeza, bukan melalui pengajaran sains dan matematik.

alwisafuan said...

Saya merupakan bakal guru ppsmi, menyokong pendapat post ini. Sebelum ini ketika melakukan praktikum di kawasan ceruk luar bandar di mana rata-rata pelajar merupakan anak nelayan (pesisir pantai), saya dapati adalah agak sukar bagi pelajar-pelajar sekolah rendah ini untuk memahami patah perkataan yang saya luahkan dalam bahasa inggeris. Justeru, penerangan dilakukan dalam Bahasa Melayu manakala istilah-istilah matematik dikekalkan dalam bahasa inggeris. Setelah mengambil kira kaedah ini, pelajar-pelajar tidak mempunyai masalah untuk memahami subjek yang disampaikan, malahan istilah matematik juga masih dikekalkan dalam bahasa inggeris.

Masalah yang timbul apabila pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang berdasarkan ayat. Ini kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang baik diperlukan oleh seseorang itu untuk memahami kehendak sesuatu soalan yang rumit. Walhal ketika dahulu dalam bahasa ibunda kita juga ada segelintir pelajar yang tidak memahami kehendak soalan berbentuk penyelesaian masalah, inikan pula apabila soalan tersebut diutarakan melalui bahasa kedua.

Mengenai pendapat beberapa orang pembaca yang menyentuh mengenai kesusahan untuk memahami @ mengadaptasi untuk belajar di dalam English ketika di peringkat Universiti, mengapa tidak kalian sahaja yang mengambil kursus Bahasa Inggeris untuk memantapkan diri? Mengapa kesusahan untuk belajar ini dibebankan kepada murid-murid sekolah? Jangan disebabkan keegoan kita, generasi seterusnya menjadi mangsa.

Bakal Guru PPSMI

areev19 said...

terima kasih di atas komen saudara alwisafuan yg merupakan seorang bakal guru ppsmi.

diharapkan komen saudara dapat mengukuhkan lagi pendapat ikhlas saya mengenai kenapa ppsmi tidak harus diteruskan.

sekian.

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan