Tuesday, December 2, 2008

jenis2 pemakaian tudung..

artikel nie aku jumpe kat satu blog...actually copy n paste dri website brite gak kot..tp pduli la dri mane aku amek artikel nie, sbb yg penting renung2kan la yg tertulis kat dlm nye sbb mmg itulah realiti yg berlaku kini... :)


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) - Sesekali pembaca diajak untuk 'keluar' daripada kelaziman membicarakan isu-isu dan politik semasa sebagai satu riadah minda malah sebagai panduan untuk meneruskan gaya hidup yang berlandaskan agama mengikut tuntutan Allah dan RasulNya.



Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi mangli bagi kaum hawa namun sesekali eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah, menjadi wanita solehah dan muslimah sejati.
Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.

Oleh itu wahai kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa:-

1.Tudung 'Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through'
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)

5.Tudung 'Singlet'
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji
-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)
Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.
"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com
Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka."


***kalau dah pernah bace, bace jer lg.. :)

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan